Rabu, 12 Disember 2012

KAJIAN NANOPARTIKEL EMAS MAMPU MERAWAT KANSER


Dadah yang dibawa menggunakan nanopartikel emas yang kami temui dikesan dapat menghapuskan sel kanser, kata Teri W.Odom, Professor Kimia dan Sains Bahan dari Universiti Northwestern. Beliau mengetuai sebuah kajian yang dijalankan pada sel kanser serviks dan ovari manusia.

"Nanopartikel emas tertarik kepada protein pada permukaan sel kanser dan ia dapat menyesuaikan diri untuk menusuk masuk sehingga ke sel nukleus, apabila berada pada pintu masuk nukleus, nanopartikel emas akan melepaskan dadah kedalam nukleus untuk menjalankan tugasnya.

Seperti yang dilaporkan dalam journal ACS Nano. Dengan menggunakan mikroskop elektron, Odom dan pasukannya dapat melihat bagaimana dadah bersama Nanopartikel emas mengubah bentuk nukleus sel kanser dengan begitu drastik.



Beliau memberi gambaran, tindak balas tersebut nampak kemas, iaitu bermula dengan elipse bujur kemudiannya menjadi bentuk tidak sekata dan menjadi berlipat dan apa yang mereka temui, perubahan bentuk ini terjadi kerana apabila dadah dilepaskan, sel tersebut mula mati dan populasi sel menjadi lemah dan kurang berdaya saing. Kedua-dua kesan positif ini berlaku apabila nanopartikel emas merawat sel kanser.

Oleh kerana rawatan ini masih pada peringkat awal, pasukan kajian juga telah membuat kajian kesan penggunaan partikel emas ini pada 12 jenis kanser manusia dan terbukti kesannya adalah sama.

"Semua kanser sel bertindakbalas hampir sama," kata Odom."Ini membuktikan kaedah menggunakan nanopartikel sebagai pembawa untuk menyerang sesuatu sel merupakan strategi utama bagi membawa dadah masuk ke dalam nukleus sel". Nanopartikel yang digunakan mempunyai bentuk yang mudah dan bijak, ia diperbuat dari emas dab berbentuk seperti bintang dengan 5 hingga 10 bucu.


Nanostar (bintang Nano) biasanya bersaiz 25 nanometer. Mempunyai kawasan tindak balas yang luas, ini memberi peluang kepada pengkaji menumpukan kepekatan molekul dadah pada keseluruhan bintang Nano.

Konsep terapi kanser masa kini menggunakan kepekatan dadah yang kurang pada molekul kerana dadah tersebut stabil pada permukaan nanopartikel sekadar untuk menghalang pembiakan. Manakala, dadah yang digunakan dalam kajian ini berjenis single-stranded (bercabang satu) DNA Aptamer dipanggil AS1411. Sekurang-kurangnya 1000 cabang dadah ini dikepilkan pada permukaan bintang Nano dan DNA Aptamer mempunyai dua fungsi, untuk terikat dan tertarik pada nukleolin (protein yang dijumpai pada sel kanser) dan akan apabila dilepaskan dari bintang Nano, DNA Aptamer akan berfungsi sebagai dadahnya sendiri.

Apabila terikat dengan nukleolin, bintang Nano berdadah itu mengambil tugas protein untuk membawa dadah masuk ke dalam nukleus. Partikel emas yang digunakan kerana ruang tipis antara ikatan emas dan DNA Aptamer dapat membawa masuk dadah kedalam nukleus.

"Untuk melepaskan sejumlah besar dadah kedalam sel merupakan suatu kerja yang sukar sebenarnya, tetapi dengan menggunakan nanopartikel dari emas, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mudah. Nanopartikel lain biasanya akan terhalang pada membran sel, tetapi nanopartikel emas dapat menembusi membran dengan mudah dan melepaskan dadah kedalam nukleus seperti diperlukan,"tambah Odom lagi.

Tiada ulasan: