PERHIASAN EMAS KUNO DITEMUI DI ISRAEL
Inilah.com, Tel Aviv, anting emas ini merupakan daripada koleksi perhiasan kuno yang ditemui oleh ahli Arkeologi di Utara Israel. Ada juga yang memberi pendapat bahawa koleksi sebenarnya berasal daripada Mesir.
Koleksi perhiasan emas dan perak ini tersembunyi di dalam sebuah lubang di Jezreel Valley. Perhiasan ini dikatakan berasal dari 1,100 sebelum Masihi. Setelah diteliti, ahli arkeologi mengesahkan bahawa sebahagian dari koleksi perhiasan tersebut sememangnya berasal dari Mesir.
Eran Arie daripada Tel Aviv University mengatakan, bahawa beberapa bahan dan cara penyembunyian koleksi perhiasan tersebut sama seperti yang dilakukan di Mesir.
Para penyelidik berpendapat, tempat penyembunyian perhiasan itu bukanlah tempat penyimpanan perhiasan yang biasa. "Jelas sekali, mereka yang menyembunyikan koleksi perhiasan tersebut kerana beberapa alasan salah satunya seperti mereka menyembunyikannya bukan untuk dijumpai oleh sesiapa. Seperti sebuah tempat yang sangat rahsia," kata David Ussishkin, juga dari Tel Aviv University.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan