BERLIAN HEART OF FIRE
Seperti emas, hrarga berlian di pasaran juga semakin menigkat kerana batu yang juga dianggap sebagai teman sejati setiap wanita itu itu menonjolkan ciri keanggunan dan kewewahan yang kekal abadi. Tidak hairan apabila berlian dianggap 'Ratu segala batu Permata' yang menjadi perhiasan yang sangat bernilai sejak dulu lagi. Hakikatnya, masih ramai lagi yang tidak mengetahui nilai, keunikan dan keistimewaan sebenarnya batu berlian kerana masih menganggap ia tidak mampu menakluk harga pasaran seperti emas yang sentiasa naik sungguh pun mengetahui berlian sukar dicari. Tmabahan pula banyak pula batu kristal dan batu berlian tiruan melenyapkan pilihan batu berkenaan.
Berlian mempunyai empat ciri yang perlu di ketahui. Dengan mengetahui nialainya iaitu berat, kejernihan betu berlian, warna serta potongan berlian, anda mampu mengelakkan sebarang penipuan ketika ingin membeli berlian. Di sini saya ingin menekankan tentang potongan berlian iaitu faktor utama bagi menentukan nilai berlian kerana potongan yang tidak sempurna tidak menjanjikan nilai yang tinggi. Satu-satunya berlian dengan potongan paling sempurna di dunia dipanggil Heart of Fire (HOF). Potongan berlian HOF menggunakan ukuran dan kiraan matematikal tepat bagi dibuktikan apabila ia menonjolkan lapan bentuk hati pada berlian dengan potongan sekata apabila diteliti menggunakan 'Proportion Scope'. Skop khas berkenaan membolehkan ketepatan potongan berlian ditentukan. Apabila potongan sempurna, semua cahaya yang masuk memancarkan antara setiap bahagian potongan membolehkannya memancarkan sinaran tujuh warna pelangi. Selain itu, apabila dilihat dengan lebih mendalam, ia mampu memancarkan sinaran kilauan yang kekal. Pakar potongan berlian yang berpengalaman, Liz Jasri, potongan berlian paling sempurna menggunakan tekbologi 100 Times Magnification iaitu mesin yang mampu melihat kejernihan dan kali pembesaran untuk proses pemotongan serta kilauannya. Pengalaman beliau lebih 10 tahun dengan jabatan pemotongan berlian di Pembangunan perniagaan Asia, HOF, berkata apabila potongan berlian tidak betul dan tidak sekata, berlian tidak akan memancarkan warna pelangi, nampak kusam, tidak bersinar dan tidak menyerlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan