TIPS MEMBERSIHKAN PERHIASAN EMAS DI RUMAH
Perhiasan Emas yang dipakai setiap hari (cincin, gelang, kalung, anting-anting) jika digunakan dalam masa yang lama, maka berkilaunya akan pudar (tidak berkilat) seperti saaat pertama beli di kedai, perhiasan. Kerana banyak kotoran kecil yang melekat seperti noda sabun, lotion, bedak, peluh, dan banyak lagi. Di sini saya ingin kongsikan tips untuk membersihkan perhiasan (emas) di rumah. Cara membersihkan perhiasan emas cukup mudah. Mula-mula sediakan asam jawa, dan air secukupnya. Lumatkan asam jawa dengan sedikit air, sehingga menjadi adunan yang pekat / mengental dan masukkan air asam jawa ke dalam mangkuk yang boleh muat dengan perhiasan anda yang ingin dibersihkan.Selepas itu masukkan perhiasan tersebut ke dalam mangkuk yang kita sudah isikan nya dengan air asam jawa tadi hingga tenggelam keseluruhan perhiasan tersebut. Rendamkan selama 30 - 60 minit. Sesudah itu, keluarkan perhiasan tersebut supaya kita dapat bersihkannya, dengan menggunakan berus atau bersihkan dengan serbuk pencuci (pencuci pinggan pun boleh) dan jangan lupa keluarkan sisa-sisa kotoran di cela-celah rongga perhiasan (jika ada). Akhir sekali keringkan dengan kain lembut. Sekarang perhiasan emas anda akn menjadi kelitan seperti baru dibeli.
Saya ucapkan selamat mencuba.
Saya ucapkan selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan