Sabtu, 19 Januari 2013

CUBAAN ROMPAK KEDAI EMAS GAGAL



IPOH - Sekumpulan perompak berputih mata apabila mereka dukejutkan bunyi penggera kecemasan di sebuah kedai emas di Jalan Silibin, di sini, semalam. Dalam kejadian kiria-kira pukul 9.45 pagi, sekumpulan penjenayah yang memakai topi keledar muka penuh bagi mengelakkan wajah mereka dicam. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, perompak yang menaiki motosikal bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi. "Kejadian berlaku ketika kedai terbabit baru mula beroperasi dan pada ketika itu hanya ada beberapa pelanggan sahaja di dalam kedai. "Kejadian hanya berlaku dalam tempoh tidak dua minit dan perompak tidak sempat mengambil apa-apa walaupun mereka cuba memecahkan pintu pejabat kerana penggera telah dibunyikan pekerja kedai,"katanya kepada pemberita pada sidang media di sini,  semalam.

Chnag Keong menambah, empat suspek melarikan diri menaiki kerata yang menunggu di luar kedai dan dua lagi menggunakan motosikal. "Suspek menaiki kenderaan jenis Naza Citra berwarna hitam dengan nombor pendaftaran yang masih kita semak statusnya. "Pengawal Keselamatan mengalami kecederaan akibat dipukul  dengan tukul besi namun tiada kemalangan jiwa. Kes ini disiasat Seksyen 393 Kanun Keseksaan," katanya. Sementara itu, seorang saksi berkata, kejadian tersebut adalah kali ketiga membabitkan kedai sama sepanjang 22 tahun dia berniaga di situ. Saksi tersebut yang juga pemilik kedai dobi, Khairul Rofandi Jaafar, 49, berkata, dia terkejut mendengar jeritan di premis tersebut. "Ketika saya keluar, saya melihat pengawal keselamatan di kedai emas terbabit terlantar di lantai dan saya cuba untuk membantu namun saah seorang perompak mengacukan pistol kepada saya. 

"Bila mereka acu pistol saya masuk semula ke kedai dan sejurus kemudian saya dengar penggera dibunyikan serta kemudiannya perompak melarikan diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam. Menurut, sebelum ini pernah berlaku kejadian samun di kedai yang sama sepanjang beliau menjalankan perniagaan di situ.



Tiada ulasan: