ELAK TERTIPU BELI EMAS
Sepanjang tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas i pasaran global sehingga mencecah lebih daripada mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24l. Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Bagi yang tidak menimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinan mendapat keuntungan dengan kenaikan emas. Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih kesusahan orang lain.
Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua menjadi mangsa. Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu. Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu. Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan. Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.
Tetapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70. Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan