Ahad, 27 Januari 2013

PELABUR DIINGAT ELAK RIBA DALAM URUS NIAGA EMAS

KEGHAIRAHAN orang ramai melabur dalam beberapa skim pelaburan emas amat membimbangkan pakar ekonomi Islam berikutan pendedahan wujudnya syarikat yang melanggar perturan dan terlibat dalam pengubahan wang dilarang serta mengelakkan cukai. Namun apa yang lebih menimbulkan kebimbanganpakar ekonomi itu adalah sikap kurang berhati-hati pelabur Muslim dalam menyertai skim pelaburan emas sehingga membuat mereka terjebak dengan urus niaga yang bertentangan dengan tuntutan syariah dan sekali gus melibatkan riba. Ini didedahkan pensyarah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr A.M. Hafizi, yang memberitahu satu seminar bahawa jual beli emas menjadi haram dan terbatal jika emas berkenaan tidak lagi dimiliki oleh syarikat atau bank dan hanya akan dibeli daripada pihak dalam satu urus niaga berasingan.

Menukil kata-kata: "Berikutan itu, membuka akaun pelaburan  emas seperti ini menjadi haram dan terbatal kerana syarikat atau bank telah menjual sesuatu yang bukan menjadi miliknya wujud riba memandangkan tidak ada elemen taqabud fil majlis iaitu tiada penawaran dan penerimaan. "Sebarang penanggguhan seperti ini akan membawa kepada kepada Riba'an-Nasiah. Pokoknya, pelabur harus memastikan emas yang hendak dijual oleh bank sudah pun berada dalam pemilikannya." Peraturan dan syarat ketat mengikut Islam itu ditegaskan oleh Dr. Hafizi dalam pemilikanya."

Peraturan dan syarat ketat mengikut Islam itu ditegaskan oleh Dr. Hafizi dalam kertas kerja bertajuk Pelaburan Emas dan Aplikasi Semasa: Satu Kajian Kes di Malaysia. Ia dibentangkan di Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Malaysia 2012 anjuran UKM dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Institusi Kewangan Islam dan Pengurusan Harta, baru-baru ini. Kalangan pelabur emas menjadi gempar apabila pegawai empat agensi kerajaan termasuk Bank Negara Negara Malaysia menyerbu pejabat syarikat jual beli emas Genneva Gold diikuti dengan Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd di Kuala Lumpur.

Turut terjejas dalam semua sebuan itu adalah ramai pelabur Muslim. Dr. Hafizi menjelaskan, daripada perspektif Islam, urus niaga emas menjadi halal dan sah apabila dua syarat telah dipenuhi iaitu pihak penjual benar-benar memiliki emas yang dijualnya ketika penjualan berlangsung. Bank juga mengeluarkan bukti pembelian dalam bentuk emas atau sijil kepada pelanggan lantas pelanggan mendapatkan haknya untuk emas berkenaan. Satu lagi syarat adalah cara pembayarannya Islam atau cek tempatan. Sebarang pembayaran bagi pembelian emas menggunakan cek antarabangsa Akedemik Fikah.

Jangka masa tiga hari dikira sebagai jumlah maksimum bagi penyelesaikan pembayaran berdasarkan dasar urf bagi menjamin syarat mengikut taqabul fil hal dicapai. Ia adalah satu fatwa yang diputuskan oleh mazhab Maliki dan majoriti ulama fikah sedunia termasuk Syeikh Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah. Tidak kurang penting adalah pelaburan akaun emas wajib membayar zakat apabila haulnya cukup atau mencapai nisab 85 gram emas. Dr. Hafizi juga turut mengingatkan pelabur agar lebih berhati-hati dan meleliti risiko berkaitan dengan pelaburan eams sebelum menyertai sebarang skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat.

Ketika menekankan perlunya sikap berhati-hati, Dr. Hafizi menasihatkan pelabur supaya menyelidik latar belakang syarikat dan sama ada urusan jual beli emasnya sah di segi undang-undang selain ia diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh, pelabur perlu memeriksa dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung pendaftar dan kegiatan pelanggannya. Semua maklumat, kata beliau, boleh didapati daripada daripada ssm atau daripada syarikat berkenaan. Pelabur juga perlu mengetahui urus niaga emas syarikat terlibat seperti sumber pembelian emasnya, perbadanan yang mengesahkan ketulenan emas dan bagaimana syarikat berkenaan menjana keuntungan daripadapernigaannya.

Pelabur seharusnya melaporkan kepada Kementrian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepnggunaan jika mereka ada bukti emas yang dibeli rendah mutunya. Dr. Hafizi juga memberitahu, kajian mendapati hanya urus niaga emas yang ditawarkan Kuwait Finance House (KFH-i) diluluskan syariah. Lagi dua bank, Maybank dan Citibank, didapati masih berdasarkan konvensional dan tidak memenuhi tunutan syariah, mungkin kerana hakikat pelabur mereka tidak boleh mengeluarkan deposit akaun simpanan emas. dalam bentuk fizikal.

Tiada ulasan: