GALI-GALI JUMPA EMAS
SYDNEY,Australia dikejutkan oleh seorang pencari amatur yang menemui satu ketul emas seberat 5.5 kiligram di Ballarat, bandar yang dikenali sebagai "Perkampungan Emas". Lelaki yang tidak mahu dikenali itu berkata, dengan hanya menggunakan pengesan logam tangan dia menemui ketul emas tertanam 60 sentimeter dalam tanah berhampiran bandar Ballarat, yang terletak di negeri selatan Vivtoria. Nilai ketul emas itu dianggarkan AS$300,000 (hampir RM1 juta). Pakar emas tempatan mengatakan emas mula digali di kawasan itu sejak beberapa dekat lalu tetapi tiada sebarang penemuan lagi sebelum ini.
"Saya sendiri pernah mencari dan berniaga emas selama dua dekad tetapi kali terakhir saya menemui bongkah emas hanya seberat 2.8 kilogram," kata pemilik kedai emas Ballarat, Cordell Kent. Sebuah video mengenai penemuan bongkah emas itu telah dimuat naik di Youtube oleh seorang pengguna. "Nilai emas kini diniagakan di Australia kira-kira AS$1,600 (RM5,070) bagi auns bermakna penemuan bongkah emas bernilai kira-kira AS$283,200 (RM897,700)." kata Kent. Dia menembah, jika pencari gali menggunakan pengesan logam bermakna mereka mampu mengesan kedudukan emas jauh di dalam tanah berbanding teknik cari gali yang digunakan sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan