Khamis, 31 Januari 2013

KES PELABUR SAMAN GENNEVA



KUALA LUMPUR 30 JAN: - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 Mac depan bagi pengurusan kes saman sembilan pelabur terhadap Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva) dan empat pengarahnya melibatkan wang pelaburan lebih RM2 juta. Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera turut mengarahkan mereka menyediakan ikatan dokumen, fakta-fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pada 21 Disember tahun lalu, pelabur-pelabur berkenaan yang antaranya merupakan suri rumah dan arkitek menyeaman syarikat tersebut.

Saman itu difailkan bersaskan dakwaan syarikat pelaburan emas itu melalui pengarah-pengarahnya membuat representasi palsu apabila menyatakan skim yang ditawarkan bersaskan syariah. Semua pelabur sehubungan itu menuntut syarikat terbabit dan pengarahnya memulangkan kembali wang pelaburan melebihi RM2 juta.

Tiada ulasan: