Isnin, 21 Januari 2013

HARGA EMAS NAIK AKHIR BULAN FEBRUARI 2013



Kuala Lumpur - Spekulasi bahawa Kerajaan India mungkin meningkatkan duti import ke atas emas kepada enam peratus pada tahun ini dijangka mendorong permintaan untuk komoditi itu. Persekkutuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia, Ermin D.M Siow berkata, harga emas semasa ialah di antara AS$ 1,650 (RM5423.40) satu auns pada tahun ini. "Sesungguhnya ia sedikit rendah daripada harga 2011 yang mana harga emas mencecah AS$1,920 (RM5748.96) satu auns, ia masih stabil dan dijangka menigkat lebih tinggi," katanya kepada Bernama di sini semalam. 

Siow menjangkakan harga emas akan mula menigkat menjelang akhir Februari atau awal Mac. "Terdapat pelbagai punca kepada trend ini. Salah satunya ialah pelabur akan meningkat simpanan mereka untuk mengambil peluang daripada harga rendah, sebelum kerajaan India membuat apa-apa pengumuman mengenal duti import. "Memandangkan Tahun Baru Cina akan disambut pada Februari, banyak peniaga akan mula membeli untuk menigkatkan inventori mereka yang mendorong permintaan fizikal untuk emas," katanya. Tmabah beliau, selain barangan kemas, pembeli juga mebeli komoditi itu sebagai alat pelaburan. Dengan ketidaktentuan dalam ekonomi global dan langkah oleh Bank Pusat untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah, orang ramai tidak lagi menyimpan duit mereka di bank," tambah beliau lagi.

Tiada ulasan: