HASRAT CARI PATUNG EMAS, TERJUMPA MAYAT
Hari ini saya ingin kongsikan suatu kisah benar yang sudah agak lama berlaku, ini kisah benar seorang lelaki yang yang ingin ingin mengambil semula 'patung emas' yang telah diletakkannya dalam sebuah beg itu yang dibuangnya lebih kurang pada lima hari yang lalu. Tetapi bertukar menjadi kisah ngeri apabila dia menemui beg tersebut dan mendapati bahawa beg tersebut mengandungi mayat seorang lelaki. Lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 30-an terkejut dan terus melarikan diri sebaik sahaja menemui mayat tersebut kira-kira pukul 5 petang di Kilometer 56.7, Lebuh Raya Karak pada hari yang sama mayat tersebut dibuang.
Empat hari kemudian dalam keadaan terkejut dan ketakutan, selepas dinasihatkan oleh rakannya barulah dia melaporkan penemuan itu kepada pihak polis. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil terbabit dikatakan telah diupah sebanyak RM100 oleh seorang wanita supaya membuang beg yang berisi 'patung emas' itu. " Lelaki yang berasal dari Pulau Pinang itu diupah sebanyak RM100 oleh wanita terbabit yang juga kenalannya supaya membuang beg itu dengan menggunakan sebuah kereta Nissan Grand Livina. "Tanpa berfikir panjang, dia terus bertindak mengikut arahan yang diberikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Walaubagaimanapun apabila disiasat kediaman wanita terbabit di Kondominium Pandan Mewah Height di Pandan Indah hari ini, polis tidak menemui sebarang bukti kejadian itu. Menurut Abdul Jalil, pihaknya juga telah membuat pemeriksaan di Jabatan Imigresen yang mengesahkan wanita terbabit telah melarikan diri ke India pada Rabu lalu. Tambah Abdul Jalil memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan bahawa mayat tersebut adalah suami kepada wanita terbabit. Dalam kejadian itu, mayat seorang lelaki yang sudah reput ditemui di tepi semak berhampiran jalan masuk ke Dusun Bo Resort, kira-kira 100 meter dari Kilometer 56.7, Lebuh Raya Gombak-Bnetong.
Semasa ditemui, terdapat kesan luka pada perut namun identiti mayat tesebut tidak dapat dikenal pasti ekoran tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai di tempat kejadian. "Bagaimanapun, kita masih menunggu keputusan bedah siasat yang hanya akan dijalankan esok di Hospital Tuabku Ampun Afzan, Kuantan bagi mengetahui identiti mayat," katanya.
Beginilah sahaja cerita ini berakhir.
Beginilah sahaja cerita ini berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan