Selasa, 1 Januari 2013

SINDIKET TIPU PELABURAN EMAS

Laman web minta orang ramai hingga RM5,000 janji untung RM100,000

Kuala Lumpur: Satu penipuan pelaburan emas dikesan menggunakan jenama barang kemas terkenal,Emas Sri Pinang (ESP), untuk mengabui orang ramai. Sindiket itu dikesan mewujudkan satu laman web palsu yang hampir menyerupai laman sesawang asli milik syarikat barang kemas berkenaan untuk mempromosikan pelaburan emas melalui talian yang meminta pelaburan orang ramai antara RM100,000. Selain itu, sindiket juga dikesan menyebarkan iklan melalui khimat pesanan ringkas (SMS) mengajak ramai pengunjung laman web itu dan membuat pelaburan.

Jurucakap ESP, V Sulojina, berkata pihaknya mengetahui perkara itu selepas dihubungi seorang wanita bertanyakan skim pelaburan emas yang diiklankan di laman web terbabit, 25 Jun lalu. "Saya terkejut apabila wanita itu bertanya mengenai skim pelaburan emas yang diiklankan walhal syarikat kami tidak pernah menawarkan perkhidmatan sedemikian."Wanita itu memberitahu dia mengenai pelaburan itu melalui satu SMS yang diterimanya dan berminat untuk membuat pelaburan," katanya ketika datang ke pejabat BH Ahad di sini.Beliau berkata laman web sebenarnya ESP ialah www.sripinag.com.

Tiada ulasan: