SPRM SERBU LOMBONG EMAS HARAM
Di Gua Musang selepas didedahkan aktiviti perlombongan emas haram di Kelantan, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu salah sebuah lombong emas yang berpotensi di kawasan hutan Perasu dekat sini. Dalam serbuan disertai 20 anggota dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu, lima pekerja tempatan dan tiga pekerja warga Indonesia ditahan dan turut dirampas peralatan melombong yang dianggar bernilai RM1. Semasa dalam perjalan masuk ke kawasan hutan tersebut , SPRM sempat menahan dua pekerja yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk membawa keluar sebatian tanah mengandungi emas dalam tempoh tiga hari.
Serbuah dilakukan pada pukul 3 petang itu dilakukan selepas beberapa siri intipan oleh Pusat Operasi Perisikan Zon Timur SPRM, Sulaiman Ameed berkata, operasi yang dinamakan Ops Perasu itu dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan mengenai aktiviti perlombongan emas tanpa lesen yang berleluasa sejak empat bulan lalu. "Dalam serbuan ini, kita menahan pekerja-pekerja lombong untuk mengambil keterangan setelah mendapati mereka melakukan aktiviti melombong tetapi gagal menunjukkan lesen. "SPRM juga merampas sebatian emas yang belum diproses, tiga buah jengkaut, pam air dan palong yang digunakan untuk melombong," katanya di sini hari ini.
Utusan Malaysia semalam mendedahkan aktiviti perlombongan tanpa lesen yang dipercayai berleluasa di beberapa daerah di negeri antaranya Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang. Ops Perasu merupakan kejayaan pertama pihak SPRM membabitkan aktiviti perlombongan haram di negara ini hasil risikan termasuk initipan jarak dekat yang dilakukan sejak sebulan lalu. Ketika serbuan, beberapa orang pekerja turut melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran. Sementara itu, lelaki yang bertugas sebagai mandur di lombong di lombong emas diperoleh daripada sehari melombong adalah kira-kira 300 gram.
"Mana ada banyak, sekadar cukup makan sahaja. Kita sewa mesin dan bayar gaji sudah berapa," katanya. Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan lombong emas berhampiran ladang kelapa sawit Felda Perasu tersebut, mendapati aktiviti melombong yang dilakukan menyebabkan kemusnahan hutan dan sungai yang serius. Dianggarkan 24.3 hektar tanah di kawasan hutan simpan berkenaan musnah akibat aktiviti mengorek tanah yang dilakukan di dalam sungai menggunakan tiga buah jentera berat. Lombong itu juga didapati tidak mempunyai kolam mendap menyebabkan pencemaran air sungai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan