Ahad, 3 Februari 2013

BAGAIMANA DAPATKAN EMAS DARIPADA BARANGAN ELEKTRONIK?





Pada post yang lepas saya ada kongsikan cara untuk dapatkan emas daripada prosessor komputer serba sedikit. Itu sekadar pengetahuan umum sahaja, tetapi kali ini saya akan kongsikan cara yang lebih detail lagi berbanding dengan yang sebelu ini.

Ramai yang sedia maklum bahawa emas, (Aurum,Au) digunakan secara meluas dalam industri pembuatan terutama elektronik dan komputer kerana kebolehannya sebagai konduktor haba dan elektrik yang baik serta menentang pengoksidaan. Emas kebiasaannya dijumpai dalam banyak peralatan komputer seperti pemproses (processor), papan ibu (motherboard), kad memori, dan peranti tambahan yang lain.

Jika anda perasan, ramai yang menawarkan perkhidmatan membeli peralatan elektronik lusuh seperti komputer atau dekoder Astro. Tujuannya adalah untuk mendapatkan emas yang wujud di dalam peralatan tersebut. Walaubagaimanapun, barang-barang ini tidaklah semudah yang dijangka.

Tom's Hardware mendedahkan 18 langkah untuk mendapatkan emas daripada barangan komputer terpakai.



Hasil kutipan motherboard terbuang.



Hanya pin berwarna emas dikeluarkan menggunakan playar.



Pelbagai bahan kimia digunakan seperti asid sulfurik, chlorine blezch (sodium hypochlorite) dan sodium metabisulfite.



Emas tulen 0.5595 gram.

Ini dia, ekstrak daripada pulupan keping motherboard akhirnya memberikan anda hasil emas tulen seberat 0.5595 gram yang bernilai USD25. Walaupun dilihat tidak berbaloi dengan usaha yang dilakukan, tetapi anda sebenarnya boleh mendapat sesuatu daripada barangan terbuang. Dalam industri, skala proses adalah lebih besar bermakna lebih banyak emas yang akan diperolehi. Anda boleh lihat proses langkah demi langkah jika anda berminat untuk mengekstrak emas daripada barangan elektronik terbuang. 

Tiada ulasan: