Isnin, 4 Februari 2013

KELANTAN DAPAT ROYALTI EMAS 10 JUTA



(Tuan Guru menunjukkan mok cek yang diterima hasil dari royalti lombong emas di Kelantan)

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan dijangka menerima RM10 juta royalti emas tahun ini dari Syarikat CNMC Goldmind Ltd, memandangkan hasil bumi itu yang terletak di Sokor, Tanah Merah dijangka bertambah tahun ini. Pada tahun 2012, kerajaan Kelantan telah menerima sebanyak RM5 juta syarikat berkenaan sebagai royalti hasil kejayaan syarikat itu. Semalam, Pengarah Eksekutif syarikat terbabit, Prof. Lin Xiang Xiong, telah menyerahkan royalti terbabit kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat sebanyak RM386,926.97.

Manakala cek berjumlah RM347,115.45 pula dibayar kepada Ketua Eksekutif PKNK, Haji Sabri Abdullah, mewakili anak syarikat kerajaan negeri yang turut serta dalam perlombongan itu. Majlis ringkas itu diadakan di Pejabat Menteri Besar, yang tirut dihadiri oleh Setiausaha menteri Besar, serta pegawai dari syarikat perlombongan emas itu. Lin Xiang Xiong, berkata pihaknya menjangkakan sebanyak RM10 juta royalti bakal diberikan pada kerajaan Kelantan memandangkan syarikat berjaya melombong hasil bumi itu dari setahun ke setahun. Jelasnya, di pasaran dunia harga emas kini USD153 billion untuk sekilogram.

Sementara itu, Tuan Guru berharap sekiranya syarikat luar dapat membayar balik royalti pada Kelantan melalui perlombongan emas, beliau juga berharap royalti minyak dapat juga dibayar. Menurutnya, mana boleh ambil hak negeri begitu sahaja,apa lagi perjanjian telah dibuat. Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur kerana rezeki kerajaan negeri untuk rekyatnya akan bertambah. "Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas rezeki yang dikurniakan Allah ini dan mudahan berkat doa kita semua rezeki yang ada dapat kita kongsikan bersama rakyatnya,"ujarnya.

Syarikat CNMC Holdings itu mula beroperasi di Kelantan untuk carigali emas pada tahun 2007 setelah majlis perjanjian usahasama berhubung perkara itu dibuat dengan anak syarikat kerajaan negeri sebelum ini.

Tiada ulasan: