Isnin, 8 Julai 2013

PENANDAAN STANDART KETULENAN


PENANDAAN STANDARD KETULENAN

Barang-barang yang diwajibkan penandaanBarang-barang yang diperbuat daripada logam berharga wajib ditanda dengan standard-standard ketulenan seperti yang dinyatakan dengan SAIZ PENANDAAN TIDAK KURANG DARIPADA 0.6 mm.
Pengecualian diberi bagi 916.6 yang ditanda sebagai 916 sahaja. Disamping itu tanda-tanda lain seperti cap dagangan pembuat dan “ assaying office “ adalah dibenarkan. Walaupun penandaan standard ketulenan dengan nilai karat ( K ) tidak diperlukan di bawah peraturan-peraturan Perihal Dagangan 1994, tetapi penandaan tersebut dibolehkan bagi tujuan maklumat tambahan pembeli . Penandaan lambing pembuat, pejabat uji tulen dan tarikh dibenarkan walaupun tidak diwajibkan.


PENGGUNAAN SADURAN ( PLATING )


Apabila sesuatu barang disadurkan dengan emas, perak atau platinum perkatan disadur ( PLATED )perlu dinyatakan terang sekurang-kurangnya sama besar dengan perkataan emas, perak atau platinum yang dicap pada barangan tersebut. Penandaan standard ketulenan tidak dibenarkan dicap atau diukir pada mana-mana bahagian barang-barang yang disadur. Contohnya disadur emas ( gold plated ) adalah dibenarkan tetapi penandaan disadur emas 22K ( 22K gold plated ) TIDAK DIBENAR kan.

PENGECUALIAN DARI PENANDAAN


Pengecualian dari penandaan diberi kepada barang-barang yang terlalu kecil atau nipis dan berat yang kurang daripada 1.5 gram.


PENGECULIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI.

Duit syiling , barangan yang digunakan bagi keperluan perubatan, pergigian, vaterinar, saintifik atau perindustrian , benang emas ,bahan mentah ( termasuk jongkong, tali kelat, keranjang, plat ,wayar, kepingan atau tiub ) atau bullion dan barang-barang emas,perak dan platinum yang diperbuat sebelum 1hb.Ogos,1995. 

Tiada ulasan: