1- Kalaulah ada yang bertanya kenapa tidak diharamkan batu Yaqut dan yang seumpamanya, padahal harga batu-batu itu adalah lebih mahal daripada emas dan perak?
Jawapannya, batu-batu Yakut yang mahal itu dan seumpamanya ,itu tidak dikenali oleh kaum kafir miskin, kerana itu hati mereka tidak cemburu apabila melihat orang kaya memakainya meskipun sesudah mereka mengenalinya. Selain itu, batu Yakut itu jarang-jarang kedapatannya sehingga tidak ramai orang yang memakainya, berbeza emas dan perak.
2- Tetapi jika ditinjau dari segi ekonomi , seperti mana yang telah dibincangkan sebelum ini, yakni emas dan perak adalah jaminan kewangan antarabangsa bagi matawang yang dijadikan Allah sebagai ukuran bagi harta negara dan penentu yang mengadili di antara mereka serta mempermudahkan pertukaran matawang. Allah swt telah menunjukkan manusia dalam penggunaannya sebagai satu nikmat daripadaNya bukan memendamkannya di rumah sebagai mata wang yang disorok ataupun dihabiskan dalam rupa bentuk bejana dan alat-alat untuk perhiasan diri.
Sesungguhnya Imam Ghazali dalam kitabnya 'kesyukuran'dari kitab agung Ihya Ulumiddin bunyinya : "Sesiapa yang membelanjakan wang dirham dan dinarnya kepada mengumpul bejana dan pinggan mangkuk dari emas dan perak, maka dia sebenarnya telah mengkufuri nikmat Allah swt dan dia dianggap lebi buruk daripada orang yang menyimpan wang untuk tujuan menyoroknya.
3- Sebab-sebab pengharamannya juga ialah kerana bahan-bahan tanah bakar,besi,timah dan tembaga boleh menggantikan tempat emas dan perak. Ini kerana juga bahan ini seperti tanah bakar,besi,timah dan tembaga tidak cukup untuk dijadikan matawang yang diperlukan oleh manusia!
Janganlah sampai ada seseorang Muslim itu menyangka, bahawa pengharaman ini adalah untuk menyempitkan ke atas orang Muslim dalam hal rumahtangga, ini kerana barangan yang baik dan halal banyak lagi. Alangkah canggihnya bejana-bejana yang diperbuat daripada kaca,tanah bakar,timah dan logam-logam baru yang lain. Alangkah eloknya kain spray,alas tilam yang diperbuat daripada kain cotton dan kekabu dan sebagainya , yang semua itu baik dan bagus sekali.
Petikan :
Buku "Halal dan Haram Dalam Islam"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan