Isnin, 19 Ogos 2013

Hukum Menggunakan Mangkuk Emas


                                       

Sebab itulah , maka islam telah mengharamkan penggunaan bejana emas dan perak ,tempat tidur yang dibuat daripada sutera di dalam rumah seorang muslim. Nabi saw juga mengancam sesiapa yang melanggar larangan keras ini, Muslim telah meriwayatkan di dalam Shahihnya daripada Ummi Salamah ra berkata:
"Sesungguhnya orang yang makan dan minum bejana emas dan perak maka akan menggerodak di dalam perutnya api neraka jahanam."
(Riwayat Muslim)

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Huzaifah , katanya :
"Rasullulah saw telah melarang kita meminum dalam bejana emas dan perak , atau memakai kain sutera tipis serta tebal, ataupun kita duduk di atasnya . Beliau berkata: "Kain itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia, dan untuk kita di akhirat."
(Riwayat Bukhari)

Apa yang diharamkan pemakaiannya , maka haram pula untuk dijadikan perhiasan untuk menghias rumah. Pengharaman ini adalah ditujukan samada kepada lelaki dan wanita. Hikmah pengharaman ini adalah untuk membersihkan rumah itu sendiri daripada segala kemewahan yang terkutuk. Alangkah tepat  sekali apa yang dikatakan Ibnu Qudamah dalam permasalahan ini. Alasan pengharaman ini juga adalah untuk menghindari pemborosan dan sombong , yang mana dapat mengundang cemburu dihati kaum kafir miskin.

Kaum wanita dibolehkan memakai perhiasan emas dan perak hanyalah kerana keperluan untuk menghias diri dan menampakkan dirinya cantik dimata para suami mereka sahaja, bukan berhias untuk orang lain.


Posted by: Mohd Selim Zainal 


Tiada ulasan: