Isnin, 26 Disember 2011

HUKUM BELI EMAS SECARA ANSURAN &          TRADE IN EMAS MENGIKUT ISLAM

Rasulullah S.A.W pernah menyatakan dalam sabda baginda bermaksud begini:

"Enam perkara yg perlukan urusan serah dan terima berlaku serentak (dalam satu masa) dan dalam timbangan yg sama berat adalah yg melibatkan penukaran (spt sistem barter)" iaitu:
  1. Emas dengan emas
  2. Perak dengan perak
  3. Tamar dengan tamar
  4. Barli dengan barli
  5. Garam dengan garam
  6. Gandum dengan gandum
Selain dari 6 perkara yg dinyatakan di atas, pertukaran untuk barang yg tidak sama (contoh: emas dengan perak, emas dengan wang), urusan serah dan terima perlu berlaku dalam satu masa.

Ustaz turut menyatakan bahawa fatwa antarabangsa menyetujui bahawa dalam kehidupan hari ini, duit ringgit (matawang) boleh diibaratkan seperti emas. Wallahua'lam..

APAKAH HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ANSURAN

Berdasarkan sabda di atas, 4 mazhab utama telah sepakat dalam hukum pembelian emas secara bertangguh. Keempat-empat mazhab menyatakan bahawa emas tidak boleh dibeli secara bertangguh/ansuran. Urusan jual beli emas adalah secara tunai sahaja (cash and carry). Emas perlu diserahkan kepada pembeli setelah bayaran penuh diterima.
Bagaimanapun,terdapat pandangan yg menyatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab ini menolak hujah ini kerana gelang,cincin,rantai emas itu walaupun telah dibentuk, ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. 
 Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus, Prof.Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.

Ibn Abd al-Barr menyatakan telah berlaku ijma'(sepakat) bahawa emas dengan emas dalam bentuk 'at-tibr' (serbuk) dan apa jua emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yg berurusniaga), demikian juga perak. Justeru, tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.  Khatib As-Syarbini dalam al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yg asal. Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yg menyatakan bahawa emas tulen apabila ia telah dibentuk sehingga menjadi rantai, gelang, dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

APAKAH HUKUM 'TRADE-IN' EMAS LAMA KEPADA EMAS REKAAN BARU?

Menjadi persoalan apakah hukumnya 'trade-in' emas lama dan tukar kepada emas baru??Hukumnya jatuh kepada riba dalam kes ini. Ini kerana sesetengah emas lama yg di 'trade-in' adalah sama berat dengan emas baru yg diingini oleh pembeli tetapi pembeli tetap perlu tambahkan bayaran untuk rekaan emas baru tersebut. Jadi, wang tambahan tersebut yg termasuk dalam wang riba.

Jelas menurut hukum bahawa 'trade in' emas lama dengan yg baru atau barang kemas lama dengan yg baru mesti mempunyai dua syarat tanpa khilaf iaitu:
1.     Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut ('lyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yg menyebut tentang tamar khaibar (yg kurang elok atau buruk) yg ditukar dengan tamar Janib (yg elok) yg mana ianya mesti menurut syarat sama berat walupun berbeza kualiti. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.

2.     Mesti Taqabud fil hal aw fil majlis' (diserah dan terima dalam satu masa)- kerana ia tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yg sama berat ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Mungkin ada yg tertanya-tanya, jika kita ingin melakukan 'trade-in' dengan emas baru yg lebih mahal harganya, bagaimana kita nk bayar wang tambahan harga itu??
Jawabnya: Ia sama dengan hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yg diberi oleh Rasulullah S.A.W adalah; "Juallah dengan sempurna, ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"

JELAS, CARANYA: MESTILAH SESEORANG YG INGIN MELAKUKAN 'TRADE-IN', MENJUAL TERLEBIH DAHALU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU. 
CONTOH: HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM2000 DAN BERATNYA 200GRAM. APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500,MAKA KITA MESTI JUAL DULU. LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN TAMBAH DENGAN RM500. KEMUDIAN, PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU. 

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini dibuat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun, itulah cara yg selamat dari Riba.

Sumber: Ust Zaharudin Abd Rahman

Tiada ulasan: