Selasa, 27 Disember 2011

JONGKONG EMAS DIRAMAL MENJADI TUMPUAN UTAMA PELABUR PADA 2012

Berikutan dengan krisis ekonomi global yg semakin meruncing,emas dijangka akan menjadi pilihan pelabur pada tahun 2012.


LONDON,BRITAIN- Saham Eropah dan mata euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.

Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25% sejak permulaan tahun ini manakala mata wang Euro merosot 2.5% berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.
"Siapa yg dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang pembubaran EU. Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," kata pakar strategi kanan firma BGC Partnes, Howard Wheeldon.

Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu Euro sekaligus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011. Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas. 
Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.

" Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan. Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas", kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.


Tiada ulasan: