KENAPA HARGA EMAS MELONJAK NAIK???
Harga emas di pasaran dunia meningkat dengan mendadak setiap hari dan semakin hari semakin menunjukkan kenaikan.
Pada Ogos 2011 harga mencecah sehingga USD 1,663.50 untuk satu auns atau RM159 per gram.
Kenaikan ini melebihi 6% jika dibandingkan apabila ianya baru sahaja melepasi UDS 1,600 pada 18 Julai yg lepas.
Kenaikan ini didorong oleh kebimbangan hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Di samping itu, data IMF menyatakan bahawa bank-bank pusat seperti Thailand, Rusia dan Kazakhstan menambah rizab emas dalam pegangan mereka dalam masa 2 bulan yg lepas.
Di samping itu,Korea Selatan baut pertama kali membeli emas setelah tidak berbuat demikian dalam masa 10 tahun yg lepas, telah membeli 25 ton emas dalam bulan Jun dan Julai 2011.
Lihat jika sebuah negara pun dah mula menunjukkan minat untuk membeli emas untuk melindungi ekonomi mereka, kenapa kita tidak bertindak sama seperti mereka untuk melindungi ekonomi dan masa depan kewangan kita.
Apa-apa pun kepada yg ingin melabur dalam emas, diingatkan fahami betul-betul mengenainya dengan mengetahui risiko yg ada.
Di samping itu kena faham bahawa harga yg lepas tidak menjamin prestasi masa hadapan. Jadi, kenalah jadi pelabur yg bijak. Macammana nak jadi pelabur yg bijak?Sudah tentulah kena ada ilmu dan panduan yg dapat membantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan