Rabu, 14 Disember 2011

PERBEZAAN ANTARA PELABURAN EMAS, SKIM PELABURAN EMAS DAN SKIM CEPAT KAYA

Dua tahun yg lepas, terdapat 2 berita yg menarik telah dipaparkan di akhbar tempatan berkenaan pelaburan emas. Yang pertama berkenaan penipuan syarikat yg menawarkan pelaburan emas menggunakan syiling Kijang Emas dan yg kedua ialah berkenaan Etika Emas.

1. Harian Metro 3 Januari 2009
Tajuk: Pelaburan syiling emas Kijang:53 pelabur telah berputih mata

2. Berita Minggu 4 Januari 2009
Tajuk: Simpan emas lebih untung:Etika Emas tawar skim simpanan emas yg menjanjikan pulangan tunai setiap bulan.

Dalam artikel kali ini, kami di Tamis Gold ingin kongsikan maklumat dengan anda semua mengenai 3 perkara yg perlu anda tahu:
Apakah itu??
1. Pelaburan emas
2. Menyertai skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yg menggunakan emas sebagai umpan

Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yg sebenarnya. Selain itu, anda akan memahami apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara di atas.

1. PELABURAN EMAS
Apa di 'Pelaburan Emas'? Pelaburan Emas yg sebenarnya ialah apabila anda membeli emas. Bukannya melabur dlm skim pelaburan yg menjanjikan faedah, benefit dan pulangan bulanan. Jangan tertipu dengan skim-skim sebegini ok. Emas yg anda beli ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia. Apabila harga emas meningkat, maka anda jual untuk mendapatkan keuntungan.

Terdapat 2 jenis pelaburan emas iaitu:
a. membeli emas fizikal
b. Menggunakan akaun simpanan emas (Public Bank atau Maybank)

Emas fizikal untuk tujuan pelaburan ialah seperti Syiling Kijang Emas, Syiling Emas yg dijual UOB Bank, Gold Bar(PAMP Suisse) dan Dinar Emas Kelantan.
Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yg paling selamat dan tidak memeningkan kepala. Anda tidak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.

2. SKIM PELABURAN EMAS
Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yg menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yg terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.
Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah sebab emas tetapi kerana dijanjikan PULANGAN LUMAYAN. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.
 Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, disini saya ada sedikit panduan untuk anda:
1. Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan SSM http://www.ssm.com.my/ . Biasanya, ini adalah perkara pertama yg saya akan lakukan.
2. Berapa harga emas yg dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?
3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yg akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.
4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga. Kadang-kadang ada syarikat yg tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur. Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!!
5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTA!! Ini adalah risiko yg sangat tinggi.
6. Exit cost-setelah tamat kontrak, adalah syarikat membeli balik emas anda?Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
7. Cuba kira kerugian anda dalam 'worst case senario'. Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat itu ada agen, minta agen itu cerita dan kira. Jangan cerita profit jer, kira rugi sekali. Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal. Halal haram pun kena ambik kira. Jangan main hentam ajer.
8. Ada kontrak tak?Kalau ada kontrak, senang nka refer kalau ada apa-apa masalah di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja, Jangan sertai Ok! Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat. Kalau syarikat nak menipu, dia akan menipu juga.
9. Kalau anda takut risiko, jangan sesali join skim pelaburan emas yg ada risiko. Nanti nak tidur pn tak lena.
10. Yg paling penting, anda mestilah mempunyai ilmu berkaitan muamalat Islam agar anda tidak tertipu dengan skim pelaburan, tidak menangung dosa disebabkan kejahilan dan janganlah terlalu materialistik sehingga menghalalkan sesuatu yg Allah SWT telah haramkan. Ambil tahu tentang riba dan aqad perniagaan yg sah agar perniagaan/muamalat kita berkat dan diterima Allah SWT.

FAKTOR RISIKO
Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.
Contohnya: kebaikan ialah pulangan  yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda berseronok membayangkan keuntungan Tamis Gold nak beritahu bahawa skim pelaburan ada risikonya.
Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas. Anda boleh rugi besar!!! 

 3. SKIM CEPAT KAYA YANG MENGGUNAKAN EMAS.
Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali. Bagaimana nak tahu???????????
ini adalah ciri-cirinya:
1. Syarikat akan menumpukan penerangan kepada "PULANGAN YANG LUMANYAN" . B agaiman boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.
2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terllibat dengan aktiviti jual beli emas.
3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda koint sebab pulangan lumanyan yang dijanjikan.
4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen, lebih ramai, lebih income.
5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10%
6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan. Kalau begini, BETTER LARI JAUH-JAUH!!!

Dengan memahami 3jenis pelaburan emas ini, Tamis Gold harap anda tahu yang mana satu boleh anda joint dan mana satu perlu dielakkan.



Tiada ulasan: