Sabtu, 31 Disember 2011

PENURUNAN HARGA EMAS DUNIA

Penurunan harga emas kebelakangan ini bila orang kata emas jatuh merudum. Emas jatuh merudum!!. Cuba kaji 10 tahun lepas carta pergerakan harga emas via technical analysis. Apalah sangat kejatuhan beberapa ringgit ini sekitar RM177/gram dibandingkan dengan harga emas 10tahun dulu lingkungan RM40-45/gram?
Pada hujung tahun ini adalah peluang untuk anda beli emas sekarang! Nak tunggu bila? nak tunggu emas naik balik tak lama lagi dalam RM220/gram baru nak beli ke? Tapi bila tiba masa itu baru lah nak merungut.. Macam-macam soalan timbul..Alamak dah naik!! Bila emas nak turun?  Masalahnya sekarang emas tidak akan betul-betul turun. Price adjustment macam ni normal lah! Anda harus faham kenapa price dia sideways sekarang.. sebab large investors tengah cuti krismas dan new year. Anda tunggulah..Harga akan shoot up very very very soon..

Sejuk mata memandang carta emas ini.Harap ada keajaiban berlaku selepas Tahun Baru 2012. Kita nantikan sama-sama. Harga emas tahun ini masih murah. Cuba tengok esok narga tahun baru. Naik atau Turun TUNGGUUU.......


HARGA EMAS JATUH MENDADAK (PENGUKUHAN NILAI DOLAR AS ANTARA PUNCA PENYUSUTAN HAMPIR 20 PERATUS

Aliran kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya, Kejatuhanmendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat. Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertubuhan ekonomi susulan kegunaan dalam dalam industri, mencapai paras terendah sejak januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.

Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.
Masalah ini menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatansemula nilai dolar. Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang jelasnya.

Tiada ulasan: