BELI SESUATU YANG MAHAL, TAPI BAYAR DENGAN HARGA MURAH!!!
Sebenarnya ramai yang tidak sedar mengapa kita perlu sandarkan setiap perbelanjaan kita dengan emas. Dengan itu kami d Tamis Gold akan berikan pendedahan yang amat penting kepada anda semua. Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.
Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money". Ia hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.
Justeru itu, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas.
Bagaimana caranya??
Ok,camni..cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi. Sesetengah individu mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan, sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.
Contoh:
Encik Amin mempunyai tunai sebanyak RM100k dan beliau ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah kereta baru yang berharga RM70k.
Jika beliau membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos-kos sampingan termasuk maintanance, ia adalah satu tindakan yang kurang bijak sedangkan beliau mempunyai tunai yang banyak.
Justeru itu, kami menyarankan beliau agar menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar beliau tidak mengalami kerugian..
Kami mencadangkan agar RM100,000 tersebut dibelikan emas, pajakan dan dapat RM70, 000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.
Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu menjadi RM175,000.00.
Pada ketika itu, beliau boleh menjual emasnya dan menebusnya dari Ar-Rahnu.
Perkiraan mudahnya ialah:
RM175,000.00 (Hasil Jualan Emas) - RM70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM105,000.00
RM105,00.00 - RM21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM83,400.00 (Untung dalam tangan)
Ermm..tengok..dalam hanya 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM83,400.00
RM100,000.00 (Modal asal) - RM83,400.00 (Untung dalam tangan) = RM16,600.00
Ini bermakna beliau telah membeli sebuah kereta yang bernilai RM70,000.00 dengan hanya membayar RM16,600.00!!
Dan upah simpan yang beliau bayar hanyalah kira-kira RM600.00 sebulan sedangkan jika beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM70,000.00 untuk membeli kereta, sudah pasti bayaranya mencecah hampir RM1,000.00 selama 9 tahun!!
Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan?
Jadi,jangan bazirkan setiap sen wang anda. Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!
Jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu harga turun, jika anda beli ketika harga tinggi, lebih tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil pajakan Ar-Rahnu. Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah untuk dimanipulasikan, yang penting anda tahu cara pengurusannya.
Anda tak perlu bayar untuk ilmu yang tidak ternilai harganya ini, cukuplah jika anda memahami konsep ini dan bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian demi kerugian dengan cara menghubungi CEO Tamis Gold di 019-2282277 dan beli emas sebanyak mungkin..
Membeli emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai Wang
Di Agro Bank, anda boleh sambung pajakan 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan, kemudian jika anda masih mahu teruskan pajakan, Ar-Rahnu akan buat valuation semula dengan Nilai Marhum yang baru sehinggalah 18bulan seterusnya, dan buat lagi valuation seterusnya.
Bermakna, jika kenaikan pada waktu itu 30%, anda akan mendapat lebihan tunai lagi.
Jika selepas 18bulan Ar-Rahnu tidak lagi menerima pajakan, sudah tentu Ar-Rahnu sendiri akan kerugian!!
Ingat pelaburan emas, ingat Tamis Gold..=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan