Selasa, 31 Januari 2012

EMAS BERI MANFAAT JANGKA PANJANG
BUAT PARA PELABUR


EMAS dilihat sebagai satu portfolio pelaburan
dan simpanan yang baik ekoran peningkatan nilainya
KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini perlu membuat persediaan , khususnya daripada aspek simpanan dan pelaburan, dalam menempuh keadaan ekonomi tidak menentu yang dijangka melanda pada tahun ini.
Menurut kenyataan Serambi Emas Sdn.Bhd (Serambi Emas), meskipun kemelesetan itu tidak memberi kesan ketara kepada pertumbuhan ekonomi negara, namun orang ramai harus berwaspada dengan sebarang kemungkinan termasuk situasi pemberhentian pekerja dan kenaikan harga barang dan sara hidup.

"Pelbagai alternatif boleh diambil sebagai usaha untuk menambah pendapatan khususnya untuk jangka panjang. Ini termasuk melabur dalam pasaran saham dan unit amanah yang diperkenalkan pelbagai institusi kewangan atau dengan membeli emas. Emas sama ada dalam bentuk jongkong, syiling ataupun barang kemas dilihat sebagai satu portfolio pelaburan atau tabungan terbaik, khususnya apabila nilai komoditi itu terus meningkat sejak kebelakangan ini", katanya disini baru-baru ini.

Tambahnya, menurut penganalisis sejak empat tahun lalu harga emas telah meningkat empat kali ganda dan kini mencecah kepada AS$1,600 (RM5,035) setiap auns dan dijangka meningkat sehingga AS$5,000 (RM15,735) setiap auns menjelang tahun 2020. 

"Faktor peningkatan harga itu termasuk kenaikan pendapatan dan permintaan kukuh dari negara-negara Asia, kadar faedah yang rendah di kebanyakan negara dan pembelian emas secara berterusan oleh bank-bank pusat yang mempunyai keyakinan bahawa komoditi berkenaan itu lebih baik berbanding mata wang dunia lain", jelasnya.

Jadi, jelaslah bahawa emas akan memberikan manfaat jangka panjang untuk para pelabur. Jadi, pilihan yang tepat ialah dengan memilih Tamis Gold sebagai platform untuk melabur dalam emas.Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan ini, bolehlah hubungi En.Abdul Ghani di talian 019-2282277.

Tiada ulasan: