Isnin, 30 Januari 2012

PINJAMAN TANPA FAEDAH> AR-RAHNU

Di sini Tamis Gold nak kongsi sedikit info yang keluar di dada akhbar kosmo baru-baru ini. Mungkin ada diantara kita yang terlepas info berkaitan Ar-Rahnu yang menawarkan pinjaman tampa faedah. Memang menarik, sebabb kita buat pinjaman ini tampa penjamin dan tampa riba cuma perlu bayar upah simpan (emas) sahaja. Lagipun upah simpan yang ditawarkan ini memang cukup murah. Tak perlu risau pasal upah simpan..

Ar-Rahnu merupakan pajak gadai islam yang menggabubgkan konsep-konsep syariah Ar-Rahnu, Al-Wadiah Yad Dhamanah dan Al Qard.
i. Ar-Rahnu adalah mekanisme di mana satu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan pinjaman scara bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya pinjaman tersebut tidak dapat dijelaskan.
ii. Al Wadiah Yad Dhamanah adalah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan .Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan. 
iii. Al Qard adalah merujuk kepada simpanan yang diberikan mengikut peratusan tertentu daripada nilai marhun.

Siapa yang layak nak pajak emas di Ar-Rahnu?
Sebenarnay sape2 pun boleh,asalkan ada warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. Walaupun Ar-Rahnu ni sistem pajakan islam, ia sebenarnya terbuka kepada semua masyarakat tak kira la bangsa apa pun. Menarik kan? dah la upah simpan murah, nilai pajakan pun tinggi. So kepada pemilik-pemilik emas, tak perlu la nak buat pinjaman kat tempat-tempat yang tak sepatotnya. Pilih la Ar-Rahnu


Ketika ekonomi yang idak menentu pelbagai kaeda pinjaman wang dicari oleh pengguna sebagai cara mendapatkan wang pada kadar segera.

Selain ceti dan ah long, pajak gadai juga menjadi pilihan. Bezanya, mereka yang pajak gadai ialah daripada kalangan individu yang memiliki emas untuk dicagarkan.

Sayangnya, niat awal untuk menebus kembali barang yang dicagar mungkin tidak kesampaian menyebabkan ramai yang terpaksa melepaskannya walaupun ia barang berharga yang diwarisi turun-temurun.

Inilah antara kelemahan sistem pajak gadai kaedah konvensional.Kewujudan pajak gadai Malaysia bermula pada awal kurun ke-19. Sistem itu diperkenalkan oleh pendatang Cina yang bekerja di lombong bijih timah di semenanjung Malaysia. Ia dianggap sebagai salah satu cara bagi mendapatkan pinjaman tunai segera terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Sistem pajak gadai itu snagat popular kerana tidak memerlukan prosedur atau lebih mudahnya, perjanjian antara pemberi pinjaman dengan peminjam berlaku tampa banyak kerenah. Bagaimanapun, sistem tradisionalitu membebankan peminjamnya apabila mengenakan kadar faedah yang tinggi, lebih-lebih lagi kepada umat islam yang sememangnya tidak boleh melibatkan diri dengan sebarang amalan kewangan yang melibatkan riba. Satu-satunya alternatif buat umat islam ialah dengan menggunakan prkhidmatan pajak gadai Ar-Rahnu. Skim Ar-Rahnu atau pajak islam bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia.

Ia diperkenalkan oleh yayasan pembangunan islam Malaysia (Ypeim) daBank Negara Malaysia (BNM) pada 27 Oktober 1993. Yayasan itu bertindak sebagai pelabur utama dana , penyelaras sitem, latihan dan promosi manakala pelaksanaannya dilaksanakan oleh Bank Islam (M) Bhd.

Skim itu sebagai alternatif kepada orang ramai khususnya yang berpendapatan rendah dan mengalami kesulitan kewangan, khususnya untuk modal perniagaan secara kecil-kecilan.

Cagar Emas
Ia juga sumber untuk membiayai pendidikan di samping membebaskan umat islam daripada amalan riba dan manipulasi oleh pengamal pajak gadai konvensional yang tidak jujur.

Malah sebagai pelopor kepada sistem itu, ia dianggap mampu mejadi alternatif terbaik kepada umat islam yang membolehkan orang ramai yang memerlukan wang segera mencagarkan barangan kemas kepada pihak bank.

Ar-Rahnu merupakan satu bentuk perniagaan pajak gadai islam yang menawarkan pinjaman tampa faedah tetapi hanya sekadar upah simpan rendah. Malah jumlah gadaian yang ditawarkan juga tinggi dengan tempoh gadaian yang fleksibel. Bank lazimnya menawarkan kadar pinjaman sehingga 60 peratus bergantung kepada bank daripada nilai emas itu.

Para peminjam pula tidak akan dikenakan sebarang faedah di atas pinjaman itu sebaliknya pihak bank akan mengenakan upah simpanan berdasarkan nilai emas. Sistem pajak gadaian yang berlandaskan hukum islam itu memberi kelebihan kepada masyarakat tampa mengira agama dan keturunan.

Ia telah pun dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang islam.

ank kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat misalnya memperkenal Skim Ar-Rahnu sejak 1993 dengan kerjasama YPEIM. Menurut pengurus Skim AR-Rahnu Mohamad Sabri Mohamed Nor, sebelum ini orang ramai menghadapi pelbagai masalah ketika menggunakan khidmat pajak gadai konvensional kerana syarat-syarat bayaran balik yang ketat dan dikenakan faedah yang memebankan.

Skim Ar-Rahnu di Bank Rakyat menawarkan pembiayaan bercagar sehingga RM5,000 dengan tempoh maksimum enam bulan yang dibayar sekali gus apabila tempoh itu barakhi. jelas beliau. Pihaknya turut menyediakan skim Az-Zahab iaitu membabitkan pembiayaan di antara RM5,001 hingga RM50,000 yang dibayar balik secara ansuran dengan tempoh maksimum tiga tahun.
Skim Ar-Rahnu dan Az-zahab berpotensi untuk muncul sebagai salah satu alternatif sistem pajak gadai berasaskan syariah atau konvensional yang sedia ada, tambah beliau.

Kedua-duanyan skim itu yang digubal oleh Majlis Pengawasab Syariah Bank Rakyat dengan kerjasama YPEIM menawarkan pembiayaan secara islam dan pelanggan dikenakan upah menyyimpan barang cagaran berupa emas pada kadar yang berpatutan mengikut kiraan hari. Jika sebarang cagaran dilelong, harga lelongan dikembalikan kepada pelanggan selepas ditolak jumlah embiayaan dan upah menyimpan, menjadikan skim itu lebih telus berbandibg skim konvensional.  

Kemudahan Skim Pajak Gadai Islam atau Ar-Rahnu turut dikendalikan oleh Bank Islam dan Agroank. Ia bukan bertujuan untuk menggalakkan orang ramai berhutang ,tetapi menyediakan kemudahan kewangan kepada orang ramai yang kesempitan wang. Proses gadaian dilakukan secara telus iaitu di hadapan pemimjam dan berdasarkan hukum syarak. 

Selain dijamin daripada disalah guna, ia lebih selamat dan terjamin berbanding jika seseorang itu terpaksa mendapatkan khidmat daripada pihak yang tidak bertanggunjawab.

Tiada ulasan: