Ahad, 29 Januari 2012

PETUA UNTUK MEMAHAMI NAIK TURUN HARGA EMAS

Untuk memudahkan anda memahami tentang naik turun harga emas, disini kami berikan beberapa tips untuk anda fahami.

TIPS 1 : BILA HARGA MEMUNCAK TINGGI??
- Perangai harga emas, bila ia akan naik puncak tertinggi, ia akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.
Cuma berapa banyak ia akan naik, dan berapa banyak ia akan turun, tiada siapa yang tahu. Bila harga emas puncak yang baru, itu masanya untuk jual emas bagi sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila harga emas turun, tambahkan lagi simpanan emas. Jangan tunggu harga turun lagi sebab ia akan naik balik pada bila-bila masa. (Biasanya harga emas akan memuncak pada HARI RAYA HAJI,kajian berdasarkan tahun-tahun lepas..)

TIPS 2 : FAKTOR TURUN NAIK MENDADAK
- Naik turun harga emas secara mendadak banyak dipengaruhi oleh faktor 'fundamental' yang biasanya diluar jangkaan sesiapa pun.
Iaitu seperti bencana alam, kegawatan ekonomi, kenaikan harga minyak, peperangan, ketidakstabilan sesuatu negara seperti di Timur Tengah, inflasi dan sebagainya. Faktor yang telah dijangkakan juga mempengaruhi harga emas seperti nilai US dolar (Matawang US) yang menyusut dan krisis hutang di Eropah dan US. Individu dan bank-bank pusat akan beli emas untuk selamatkan kekayaan mereka bila mereka rasa dunia tak selamat, dan harga emas akan melonjak. Setiap orang perlu menyimpan emas walaupun sikit sebagai 'insuran' masa depan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan tukarkan 10% kekayaan kita kepada emas.

TIPS 3 : EMAS TERUS NAIK JANGKA PANJANG
- Mengikut indikator yang ada pada masa sekarang (2012), trend harga emas akan terus naik dalam jangka panjang. Mungkin 10 tahun lagi.
Krisis hutang di US dan penyusutan nilai dollar belum nampak jalan keluarnya lagi. Michael Maloney, pelaburan emas dan perak menjangkakan krisis ini akan membawa kepada hiperinflasi dan keruntuhan sistem matawang kertas yang menyebabkan duit kertas tak bernilai lagi. Jangan teragak-agak membeli emas selagi harga emas belum cecah USD5,000 seauns.

TIPS 4 : HARGA TURUN JANGKA PENDEK ADALAH BIASA
- Harga emas memang ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia akan terus naik dalam jangka panjang.
Memang tak logik harga emas naik tapi tak turun-turun. So, jangan risau kalau harga emas turun terutamanya kalau anda baru sahaja membeli emas. 

TIPS 5 : MENGUKUR POTENSI KENAIKAN HARGA
- Lagi banyak harga emas jatuh, lagi besar potensi ia akan naik balik. Ini disebabkan kita masih dalam trend harga menaik (bull market)
Lagi rendah harga emas berbanding harga tertinggi sebelum ini, jangan fikir panjang. Beli jer..Tapi kalau anda baru pertama kali membeli, jangan tengok harga tinggi rendah. At least beli jer dulu 10gram jongkong emas.hehehe...

TIPS 6 : WAKTU TERBAIK MEMBORONG EMAS
- Bila harga emas jatuh banyak macam Disember 2011- Sebelum Raya Cina..itulah masanya untuk memborong emas sebanyak mungkin.
Bukan tunggu sebab takut harga turun lagi dan tak naik-naik dah. Sebabnya harga emas mesti naik balik kalau kita faham isu besar yang hampir pasti akan berlaku pada sistem kewangan sekarang-keruntuhan sistem wang kertas (fiat).
Berdasarkan banyak indikator yang ada pada hari ini, Michael Meloney(pakar sejarah matawang) meramalkan akan berlaku keruntuhan sistem matawang dunia. Jika ianya berlaku, orang paling selamat ialah mereka yang simpan emas dan perak.
Kalau anada faham tentang isu penyusutan nilai US Dollar, krisis hutang US dan negara Eropah, anda akan lebih takut untuk menyimpan duit kertas berbanding membeli emas pada harga tinggi. 'Krisis' begini tak mungkin akan selesai dalam setahun dua, bahkan Michael Meloney, penulis buku "Guide To Investing in Gold & Silver" meramalkan ia adalah petanda awal keruntuhan sistem matawang kertas. Harga emas akan terus naik dan duit kertas bakal jadi sama taraf dengan 'tisu tanda' kata Tun Dr.Mahathir. 


Tiada ulasan: