Khamis, 16 Februari 2012

NILAI RINGGIT SEMAKIN MENGUKUH, NAMUN APA FAEDAH YANG DAPAT ANDA NIKMATI??

Rasanya ramai yang telah menyedari bahawa sejak kebelakangan ini nilai RM semakin mengukuh berbanding nilai USD. Pastinye peristiwa krisis ekonomi dunia pada tahun 1996 masih segar di ingatan kita semua dimana pemimpin kita ketika itu Tun Dr Mahathir dalam usaha untuk memulihkan semula ekonomi negara menambat RM dengan USD agar apa-apa jua situasi yang berlaku di Amerika tidak memberi kesan buruk terhadap pembangunan semula ekonomi negara.

Namun, pada tahun 2005 setelah negara bertukar pucuk pimpinan nilai RM kembali diapungkan semula dengan bersandarkan nilai USD. Persoalannya, pada ketika nilai RM semakin mengukuh, sepatutnya harga barangan di negara ini menjadi semakin murah ekoran kos perbelanjaan untuk barangan Import Eksport menjadi semakin rendah disebabkan pengukuhan nilai RM, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Dibawah adalah komen oleh mantan PM kita mengenai situasi yang berlaku ini. Sama-samalah kita renungkan dan fahami.

"Mata wang tempatan ringgit mungkin perlu ditambat semula bagi membolehkan negara mendapat faedah daripada pengukuhan nilainya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Beliau berkata, kuasa beli rakyat masih rendah biarpun nilai mata wang negara semakin meningkat, sekaligus mendorong kepada penurunan nilai import.Kita tidak perlu menghentikan tambatan ringgit kerana kebanyakan negara di dunia sekarang menentukan nilai mata wang mereka mengikut undang-undang. Kuasa beli rakyat sepatutnya meningkat apabila matawang semakin mengukuh kerana mereka sudah mampu membeli barangan dengan harga lebih murah berbanding ketika ringgit berada dalam keadaan lemah nilainya.

Oleh kerana kita tiada kuasa untuk menentukan nilai ringgit dan memilih untuk memberhentikan tambatan ringgit, kita kena terimalah bahawa kita tidak merasai apa-apa manfaat daripada pengukuhannya. Beliau menambah, Malaysia sebenarnya mengambil langkah kebelakang apabila membenarkan nilai ringgit ditentukan oleh pasaran terbuka.Di dalam perang matawang hari ini, kita hentikan (menambat ringgit) sedangkan orang lain melaksanakan tindakan yang kita pernah buat dahulu".katanya lagi.

Dr.Mahathir, pada September tahun 1998 telah melaksanakan sistem tambatan ringgit sebagai salah satu reaksi untuk menangani kemelut mata wang Asia Timur 1997-1998 yang melanda Malaysia dan negara-negara rantau ini. Bagaimanapun, pada 21 Julai 2005 kerajaan memutuskan memansuhkan tambatan ringgit dan nilainya kemudian ditentukan dengan mengapungkannya secara terurus berbanding sekumpulan mata wang asing terpilih.

Sekarang, kita sudah memahami situasi yang berlaku kan?
Justeru itu, ayuhlah kita sama-sama menyimpan emas..Semoga dengan peristiwa yang berlaku ini dapat memberi gambaran dan kesedaran kepada anda semua tentang betapa pentingnya menyimpan emas berbanding wang kertas.

Ini kerana komoditi berharga ini memegang nilainya sendiri dan tidak dapat dimanipulasikan oleh sesiapa berbanding wang kertas yang amat mudah sekali dimanipulasikan nilai dan kepentingannya..Hubungilah En.Abdul Ghani di talian 019-2282277 untuk menukarkan wang kertas anda kepada emas!!

Tiada ulasan: