Sabtu, 18 Februari 2012

SALAH TANGGAPAN TERHADAP PELABURAN EMAS DAN SILVER

Kesedaran orang awam terhadap emas dan perak semakin menjadi-jadi  sejak akhir-akhir ini. Maklumlah harga barang-barang pun semakin naik, itu naik, ini naik tapi gaji tak naik-naik. Pasti kelam kabut dibuatnya bila memikirkan beban kewangan yang ditanggung. Sebenarnya anda jangan salah faham, terlalu banyak pelaburan yang anda boleh laburkan selain emas dan perak tetapi jangan sekali-kali lupakan asas pelaburan iaitu pulangan pelaburan.

George Soros pun ada berhujah " Laburlah dalam apa-apa sahaja pelaburan tetapi akhirnya aku hanya mementingkan pulangan pelaburan". Anda nak melabur dalam saham syarikat paku ke, beli tanah di hujung hutan ke, beli palladium(pernah dengar tak ni) ke, atau melabur dalam penternakan ikan arowana di Bukit Gambang Perak ke?Semua tu menjadi persoalan ke2..Yang penting apa pulangan yang anda akan dapat?Banyak atau sikit? Sanggupkah anda menerimanya lambat atau cepat kecairan dalam setiap pelaburan itu.

Kami di Tamis Gold ingin kongsikan pandangan,jangan pening-pening. Pastikan apa yang anda lakukan dengan wang yang anda pajak itu mampu :
1. Bayar balik upah simpan dan jumlah anda pinjam
2. Digunakan untuk sesuatu yang memberi anda keuntungan yang anda pasti lebih baik dari upah simpan yang dikenakan oleh Ar-Rahnu.

Hanya berpegang kepada dua prinsip ini, InsyaAllah matlamat kewangan anda mengapa anda memajak emas anda akan lebih jelas. Katakan anda pajak di Agrobank dan upah simpan adalah RM0.75/100 ini bermaksud kadar faedah yang anda perlu bayar adalah 0.75% setiap bulan. Dan anda memajak emas selama 6 bulan. Maka,kadar faedah ialah 0.75% x 6 = 4.5% per 6 bulan.

Apakah signifikasi angka ini?4.5% per bulan

Bermaksud jika anda menggadaikan emas untuk mendapat keuntungan LEBIH BESAR dari 4.5% per 6 bulan ataupun 9% per 12 bulan maka anda dalam kedudukan yang sangat tepat dengan matlamat tujuan anda menggadai emas tersebut.
Jika anda gunakan wang pajak gadai dan terus laburkan ke dalam ASB iaitu 7% setahun? Adakah berbaloi sedangkan upah simpan anda 9% setahun. 

Jika anda gunakan wang pajak gadai dan terus laburkan ke dalam Unit Trust iaitu 15% setahun? Adakah berbaloi sedangkan upah simpan anda 9% setahun. Ada untung disitu ye.Jika anda gunakan wang pajak gadai dan terus laburkan ke dalam pelaburan Silver iaitu mungkin melepasi minimum 50% setahun? Adakah berbaloi sedangkan upah simpan anda 9% setahun.

Dari masa yang sama semua kes di atas, harga emas turut  meningkat. Lagilah berganda-ganda keuntungan anda. Tiada yang lebih penting selain strategi dan matlamat pajak gadai emas anda itu. Pelaburan emas adalah pelaburan kreatif. Tiada siapa pun dapat membataskan keuntungan anda. Anda sendirilah yang perlu mencipta ruang keuntungan. Pucuk pangkalnya, anda perlu memiliki emas sebelum anda ingin mencuba dan mengurangkan risiko kerugian yang mungkin anda akan alami apabila ingin mencuba pelaburan atau perniagaan lain.

Tiada ulasan: