Selasa, 6 Mac 2012

BETUL KE HARGA EMAS AKAN MELONJAK JIKA ADA KRISIS DUNIA??

Iye..betul..Harga emas akan melonjak naik bila berlaku krisis dunia. Hal ini memang tidak dinafikan kerana suatu ketika pernah berlaku krisis di Greece yang menyebabkan harga emas melonjak naik. Para pemimpin dari Kesatuam Eropah sudah pun mula memperkenalkan pakej menyelamat bernilai $1.34 trilion dengan harapan dapat menghalang krisis kewangan tersebut daripada menjejaskan dunia. Walaubagaimanapun, kebimbangan tetap ada kerana para pelabur sedang mencari aset lebih selamat untuk dilaburkan apabila melihat nilai matawang Euro semakin jatuh dan merasa risau cara pelaksanaan yang bakal digunakan oleh European Union (EU) dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap pakej tersebut.

Satu lagi yang dibimbangkan mereka pakej yang disuntik itu tidak mencukupi. Apabila permintaan tinggi, harga emas semasa pasti akan melonjak!!

  • Harga emas semasa dunia mencapai paras AS$1,242.05 ($1,726.44) setiap ounce di New York 12 Mei 2010 tertinggi sejak Disember 2009.
  • Harga emas semasa sebanyak AS$1,232.05 dalam dagangan pada Mei 2010
  • Harga emas telah meningkat sebanyak 20% sejak awal bulan Februari lalu
  • Manakala harga emas semasa naik kepada paras AS$1,235.50 bagi setiap auns di Hongkong dalam dagangan pada 12 Mei 2010 




Krisis Greece & masalah hutang pastinya telah mencetuskan kebimbangan negara-negara seperti Portugal, Sepanyol, dan Italy untuk menerima masalah yang sama. Kebimbangan semakin memuncak dek kerana penarafan hutang luar Greece diturunkan ke tahap 'sampah' oleh Standard & Poor's dan krisis hutang Greece menjadi tidak terkawal.

Greece mengunakan matawang Euro. Jadi, signifikannya disini, kalau Greece mengalami masalah ekonomi, negara-negara Eropah turut akan kena 'tempias'. Tempias yang macam mana masih belum diketahui. Masalah dan krisis ekonomi bermula selepas tamatnya kejohanan Olimpik 2004. Banyak infrastruktur Olimpik di Greece sekarang sudah jadi "gajah putih". Sekarang ramai pelabur yang sudah tawar hati untuk membeli Euro dan mereka mula beralih arah kepada aset seperti emas. Jadi, jikalau harga emas semasa terus melonjak bukan satu yang mustahil..Jadi, apa yang anda tunggu lagi??Meh lah kita ramai-ramai pakat beli emas...!!!

sumber : berita semasa 

Tiada ulasan: