Rabu, 7 Mac 2012

KAEDAH KEMBANGKAN SIMPANAN EMAS DAN PERAK TANPA AR-RAHNU!
Cuba lihat nisbah di atas, kami gunakan nisbah tahun lepas sebagai contoh ye. Apa yang anda lihat adalah Nisbah 1 oz Emas/Perak sepanjang tahun lepas. Rekod tersebut merupakan rekod yang penting sekiranya anda ingin memanipulasi emas dan perak tanpa melakukan teknik pajakan Ar-Rahnu langsung. Apa yang anda perlukan hanyalah kemahiran melihat nisbah emas dan perak. Kaedah ini sangat sesuai digunakan bagi newbie dan jika anda mempunyai modal yang terhad untuk menambah emas dan perak anda. Jadi, daripada anda membeli dan menyimpan saja,jika anda mengetahui dan menguasai kaedah ini..maka, simpanan emas dan perak anda akan menjadi subur dan dapat diperbanyakkan dengan kos yang sedikit.

Lihat pada baris ke-4 iaitu Nisbah 1 oz Emas : bilangan oz Perak. Jika anda lihat column AVG (average) pada bulan Disember, nisbah 1oz Emas dengan 1oz Perak paling besar. Secara kasarnya jika anda memiliki 1oz Emas sekarang, ianya bersamaan dengan 53.90oz Perak.
Bagaimana ingin menggunakan kaedah ini bagi menyuburkan simpanan emas dan perak nda sepanjang Bull Market  ini? Senang sahaja kaedah ini. Sebagai contoh kasar :

(RUJUK column AVG)
1. Anda membeli 47.76oz Perak pada bulan Januari,iainya bersamaan 1oz Emas
2. Pada bulan April, apabila nisbah semakin mengecil, anda jual 35.12oz perak anda dan dapat 1oz emas. Anda memiliki lebihan oz Perak ditangan sebanyak 12.64oz. Anda simpan keduanya dan tunggu ratio yang makin besar.
3. Pada bulan Disember,ratio semakin besar anda menjual pula 1oz Emas dalam tangan anda tadi dan anda akan dapat 53.90oz Perak. Jumlah perak ditangan anda sekarang adalah 53.90oz + 12.64oz = 66.54oz. Sekarang anda dapat lihat yang simpanan silver semakin subur. Simpanan silver anda makin subur dengan penambahan sebanyak 18.78oz,bersamaan 39% peningkatan.

Anda boleh klik link dibawah untuk melihat ratio emas/perak.
 www.stockcharts.com
Ini merupakan pengiraan kasar tanpa mengambil kira spread emas dan perak kerana kami mengira direct penukaran emas dan perak bagi memudahkan anda memahami konsep ini. Jika anda menggunakan teknik ini dalam realiti, anda perlu mengambil kira kos spread,premium dan kos-kos lain dalam melaksanakan teknik ini. Anda mungkin perlu menambah sedikit kos bagi memenuhi syarat teknik ini.

Teknik ini juga boleh digunakan untuk menyuburkan simpanan emas anda. Caranya secara kasar apabila ratio semakin mengecil kita mula dengan membeli 1oz emas dan apabila ratio menjadi besar, kita jual 1oz emas tadi dan beli silver dan apabila ratio kembali mengecil kita jual silver tersebut dan beli emas kembali. Kita akan mendapat emas dan lebihan perak di tangan. InsyaAllah, semakin lama lebihan perak tadi jika kita kumpul mampu ditukar dengan 1oz emas juga, maka semakin subur dan bertambahlah emas kita.

sumber: jom-emas.blogspot

Tiada ulasan: