Sabtu, 10 Mac 2012

'PAKSA DIRI' UNTUK MENYIMPAN  KEKAYAAN SEBENAR...


Mesti di kalangan anda tertanya-tanya..Bagaimana?Ok..begini..Simpanan menggunakan emas merupakan teknik terbaik kekayaan sebenar anda. Apa yang membezakan teknik ini dengan teknik lain adalah peningkatan harga emas akan menambah nilai kepada simpanan anda(antara yang paling tinggi). Malah anda juga lebih fleksibel dalam penggunaan simpanan tadi dengan cara mencagar emas yang disimpan. Dan apabila anda telah menukarkan wang ke bentuk lain. Jadi, anda sukar untuk menggunakannya semula.

Namun begitu anda perlu mempunyai ilmu bagaimana untuk memaksimakan penggunaan emas sebagai simpanan. Kalau hentam keromo mungkin emas anda akan tergadai. Tetapi jika anda ambil sikap pasif. Cara selamatnya, simpan saja, tak mahu cagar atau jual semula. InsyaAllah ianya adalah simpanan terbaik yang akan anda rasa. Lebih baik dari platform-platform simpanan lain.

Cadangan kaedah yang mudah untuk menyimpan menggunakan emas adalah dengan membeli jongkong emas setiap bulan. Harga sekeping jongkong emas biasanya dalam lingkungan harga RM1500-RM2000. Ianya seberat 10gm dan paling terkenal adalah jongkong emas PAMP SUISSE. Ada banyak lagi jenis jongkong emas, tetapi jongkong emas lain tidak dapat dipastikan keselamatan dan ketulenannya. 

Bagaimana nak bermula?Erm..kami cadangkan begini..Apabila anda dapat gaji atau bonus atau imbuhan terus beli jongkong emas sekeping. Anggaplah duit anda hilang.hehehe...Dapat dinar dan simpan ditempat yang selamat. Apa??risau takut emas anda hilang??Beli dan simpan elok-elok,jangan pula anda hebohkan di taman or kedai kopi..hehehe..InsyaAllah selamat..Lakukan pembelian dan simpanan ini setiap bulan bagi mereka yang berkemampuan. Paling tidak pun, sebulan gaji simpan separuh..gaji bulan seterusnya simpan lagi separuh..dan bolehlah anda beli sekeping jongkong emas 10gm. Bagi mereka yang mempunyai kemampuan lebih, mungkin boleh mempertimbangkan emas-emas lain yang lebih berat dan lebih mahal. Emas dijual dalam pelbagai berat bemula dari 10gram hingga 1kg yang boleh didapati di Tamis Gold dan juga kedai-kedai emas yang lain. Anda juga boleh intai-intai kaedah yang lebih proaktif dengan akaun emas.

Anda tidak digalakkan membeli emas dalam bentuk barang kemas kerana ianya mempunyai spread atau 'harga kos/susut nilai' yang tinggi. Jadi,langkah yang terbaik...belilah emas bar atau emas berketulenan 999. Ada banyak sumber yang boleh anda dapatkan pengetahuan dan ilmu berkaitan emas. Ada seminar, ebook, jumpa egen dan sebagainya. Dapatkan ilmu dulu sebelum anda membeli emas. Kami juga boleh membantu dengan menjawab soalan anda di blog ini atau hubungi CEO Tamis Gold, Encik Ghani di talian 019-2282277..Jom kita menyimpan guna emas...


Tiada ulasan: