Khamis, 29 Mac 2012

PENYELIDIK CIPTA TEKNIK MEWARNAKAN EMAS

MEDELLIN - Sekumpulan penyelidik di Colombia mengumumkan bahawa mereka menemui teknik untuk mewarnakan emas. Penemuan itu dibuat olelh kumpulan penyelidik logam daripada Universiti Antioquia di sini. Mereka berkata, teknik tersebut yang melibatkan proses kimia membolehkan warna emas menjadi biru, ungu dan merah.

Menurut mereka, kaedah berkenaan membolehkan penggunaan emas diperluaskan bagi menggantikan permata lain seperti berlian, zamrud, dan delima sebagai barang kemas.-AFP


Tiada ulasan: