Emas ditutup rendah,semalam ketika matawang euro menjadi lemah dengan kos pinjaman Sepanyol yang meningkat mencetuskan kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah, namun permintaan terhadap logam selamat itu mungkin menstabilkan harganya.
Sentimen di euro masih kekal tidak menentu menjelang lelongan hutang Sepanyol dan dijangka menyaksikan kos pinjamannya melonjak apabila ia menjual bon jangka pendek selepas tekanan ke atas defisit serta sektor perbankannya menolak premium risiko jangka panjang melebihi enam peratus. Penganalisa berkata, daya tarikan emas mungkin menarik perhatian pelabur sekali lagi jika situasi di Eropah semakin buruk.
"Kami menjangkakan jika kredit Eropah terus menurun, emas (selain dolar) akan mula mencerminkan ketegangan yang meningkat dengan bergerak lebih tinggi," , kata Penganalisis INTL FCStone, Ed Meir, dalam satu nota penyelidikan.
Spot emas ditutup turun 4.40 peratus kepada AS$1,637.60 seauns hari ini, meneruskan kerugian untuk sessi ketiga berturut-turut. Emas Amerika Syarikat (AS) susut 0.1 peratus kepada AS$1638.00. Penganalisis teknikal memberi bayangan spot emas boleh jatuh sekitar AS$1,630 seauns sepanjang hari, kata Penganalisis Pasaran Reuters, Wang Tao.
Dolar AS yang semakin kukuh mungkin menyekat kenaikan emas dan mengekalkan harganya, khususnya ketika pemilihan ekonomi negara itu kelihatannya berada pada landasan, kata Penganalisis Philip Futures di Singapura, Lynette Tan.
"Orang ramai mungkin membeli dolar sebagai aset selamat, yang menyebabkan dagangan neutral dalam emas.Kami melihat emas diniagakan antara AS$1,600 ke AS$1,660,"kata Tan. Indeks dolar meningkat kepada paras tertinggi seminggu setengah pada sessi sebelumnya,mengambil untung ke atas komoditi yang ditetapkan pada harga dolar kerana ia menjadi lebih mahal kepada pembeli untuk menyimpan berbanding mata wang lain.
Pelabur akan memantau rapi mesyuarat dasar di Rizab Persekutuan AS minggu depan, dengan meninjau petunjuk hala tuju bank pusat itu terhadap kelonggaran monetari selepas laporan pekerjaan Mac yang lebih lemah daripada jangkaan mencetuskan harapan supaya langkah rangsangan dilaksanakan.
Spot platinum susut lebih daripada dua peratus kepada AS$1,556.5 seauns, paras terendah dalam tempoh lebih daripada dua bulan sebelum pulih sedikit kepada AS$1,565.74.
-REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan