KENAPA EMAS MAHAL SEKARANG??
Berpandukan Al-Quran, apabila emas disebut kepada manusia ianya akan bersangkut paut dengan ganjaran, perbandingan amalan kita dan perbandingan kejahilan manusia. Bermakna diciptanya manusia, emas ini adalah antara elemen ukuran ibadat manusia, disitu letaknya standard emas.
Apa yang menyebabkan harganya menggila sekarang?
Jika anda seorang peniaga, sudah pasti anda biasa dengan istilah pengeluaran dan permintaan (supply and demand). Dimana;
1. Bila kekurangan permintaan, pengeluaran banyak akan menurunkan harga barang
2. Bila tinggi permintaan, kekurangan pengeluaran akan menaikkan harga barang
Dalam situasi emas ini, kita berada dalam senario no 2, dimana harganya naik disebabkan permintaan yang tinggi berbanding pengeluaran. Persoalannya sekarang,
"Kenapa kini berlakunya permintaan yang tinggi ini?"
Pergerakan harga emas ini (permintaan dan pengeluaran) ditentukan oleh pusat-pusat pasaran komoditi (exchange) di New York dan London. Di pasaran ini, berlakunya urusniaga pertukaran emas dalam jumlah kuantiti yang sangat besar. Kerana jumlahnya yang besar ia mempengaruhi harga semasa emas. Kita sebagai individu kalau beli 100g sehari pun takda impak pada pasaran ini.
Bermakna, ratusan billion dollar bertukar tangan di pasaran komoditi ini. Bermakna ratusan billion dollar permintaan terhadap emas ini bertukar tangan. Dan hanya institusi yang mempunyai wang yang sangat banyak boleh berurusan didalam pasaran ini. Dimana bank-bank pusat, kerajaan, bank-bank komersil, institusi-institusi pelaburan dan orang awam bertaraf billionaire akan membeli emas di pasaran ini secara pukal.
Ini menunjukkan keinginan untuk memiliki logam kuning ini BUKAN terhad pada individu-individu dijalanan yang membeli 10-20 gram setahun. Ini menunjukkan institusi-institusi mega dan berkepentingan sudah lama bertapak di dalam pasaran emas ini. Kerana sebab yang sama, keinginan dalam jiwa bahawa emas ini sangat berharga.
Bila kita sebut mengenai institusi-institusi ini, mereka bukan sepenuh masa terlibat dengan pembelian emas ini secara total. Mereka terlibat dengan pelaburan-pelaburan lain yang lebih sofistikated yang boleh mendatangkan pulangan berpuluh persen setahun. Ada kalanya berbelas persen sebulan dengan hanya duduk di depan komputer. Pelaburan yang lebih mudah dan pulangan yang lebih cepat dan aliran tunai yang positif.
Tetapi emas?Tak memberi dividen, tidak membesar, tidak berbuah? Nak simpan pun susah, nak kena sediakan peti besi yang canggih. Kenapa mereka meletakkan sejumlah wang di dalam asset ini? Sebagai contoh bank-bank pusat, kebelakangan ini mereka aktif menyimpan asset-asset ini. Jika anda mambaca penjelasan-penjelasan dari governer bank, menteri kewangan atau pakar ekonomi, anda akan dapati mereka akan memberikan alasan-alasan yang lebih kurang sama seperti:
"Mengimbangkan portfolio"
"Kepelbagaian portfolio"
"Perlindungan portfolio"
"Hedging susut nilai US Dollar"
"Perlindungan dari krisis ekonomi"
Secara umumnya, alasan-alasan ini menunjukkan mereka takut pada musibah ekonomi. Takut berlakunya kegawatan ekonomi. Takut perniagaan-perniagaan akan musnah. Dan hujungnya mereka akan pilih asset emas sebagai pengimbang permasalahan mereka. Ianya didalam naluri kita. Kepada mereka yang masih ragu-ragu mengenai emas, mungkin ini boleh membuatkan mereka berfikir sejenak. Jika bank besar beli emas kenapa tidak anda?
Memandangkan kita dah faham sifat keinginan kepada emas ini dan kenal siapa yang berurusan di pasaran besar ini, mari kita berbalik kepada soalan di atas.
"Kenapa kini berlakunya permintaan yang tinggi ini?"
Ini adalah kerana:
1. Masalah sosial, peperangan
2. Masalah hutang negara yang tinggi melebihi pengeluaran hasil negara. Ada negara yang bankrup
3. Masalah inflasi yang melambung tinggi
4. Masalah pengangguran yang tinggi
5. Masalah hutang per capita yang sangat-sangat tinggi
6. Masalah kecairan wang dalam bank-bank
Masalah-masalah ini menyebabkan kita rasa tidak selamat. Kita rasa takut dengan masa hadapan. Kita tidak tahu apa yang bakal ditempuhi nanti. Dan semua ini ada kesannya dalam kehidupan individu hari ini. Sukar mendapat pekerjaan, nak beli susu anak pun mahal, diselubungi hutang-hutang kad kredit, personal loan, kereta dan rumah. Peperangan kaum, peperangan politik, peperangan di Timur Tengah.
Dan apabila "sistem" ini mulai takut, mengalami masalah kemana kita pergi? Bayangkan kalau anda laburkan dalam sebuah bisness kedai makan, dan perniagaan mula rugi. Adakah anda akan terus biarkan ia rugi? Atau adakah anda akan selamatkan modal yang ada dan beralih ke asset lain yang lebih stabil dan menguntungkan?
Ini apa yang berlaku sekarang. Orang ramai kini sudah celik dan nampak permasalahan ini. Mereka mencari-cari apakah instrumen yang boleh memelihara hasil titik peluh mereka. Instrumen yang boleh diwasiatkan ke anak cucu tanpa hilang kuasa membeli. Instrumen yang teguh walaupun bank, kerajaan, institusi pelaburan mereka tutup. Instrumen yang mereka boleh nampak dan pegang dengan tangan mereka sendiri. Instrumen yang mereka boleh pegang apabila hanya tinggal sehelai sepinggan di dalam kemelut peperangan?
Apakah instrumen itu wahai pembaca sekalian?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan