Harga emas berubah sedikit semalam didorong jangkaan data pembuatan Amerika Syarikat(AS) yang optimis, menyemarakkan lagi bahawa negara ekonomi terbesar dunia itu berada pada landasan untuk pulih. Pengukuhan ekonomi AS mengurangkan kemungkinan pelonggaran lanjut dasar monetari oleh Rizab Persekutuan.
Harapan bahawa Rizab Persekutuan akan melancarkan lebih banyak langkah pembelian aset meningkatkan rali emas kepada AS$1,790 tahun ini, paras tertinggi sejak November. Namun harga merosot sejak mencapai paras tertinggi pada Februari ekoran prospek lebih banyak pelonggaran kualitatif yang diterajui Rizab Persekutuan. Spot emas hampir tidak berubah kepada AS$1,676.16 seauns pada 0810 GMT. Emas AS juga sedikit berubah pada AS$1,678.10.
"Orang ramai melihat petanda pergerakan dasar monetari di AS sebagaimana pergerakan dalam pasaran mata wang", kata peniaga di Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong, Ronald Leung. Emas berkurangan dari segi pertumbuhan setakat ini kepada sekitar tujuh peratus daripada paras dua angka yang dicatatkan awal tahun lalu ekoran unjuran bagi ekonomi global yang semakin baik memberikan pelabur sebab untuk memindahkan dana kepada aset yang lebih berisiko.
Secara perbandingan, indeks S&P 500 meningkat menghampiri 13 peratus dan penanda aras niaga hadapan tembaga London naik 14 peratus. Mungkin akan ada bukti lanjut daripada pemulihan ekonomi AS apabila tempahan perkilangan yang akan diumumkan pada hari sama data pekerjaan AS dikeluarkan pada Jumaat.
"Carta teknikal mencadangkan emas mungkin menghadapi rintangan yang berat pada AS$1,800 dalam tempoh jangka pendek," kata peniaga. Terdapat aktiviti terhad dalam pasaran fizikal berikutan mogok dikalangan penjual emas ke atas pengguna India yang memasuki minggu ketiga yang mana menjejaskan import emas. Platinum berada pada diskaun sekitar AS$20 lebih rendah berbanding harga emas selepas mencatatkan premium pada Mac.
"Permintaan fizikal untuk platinum masih lemah ekoran masih wujud beberapa ketidaktentuan dalam ekonomi global," kata peniaga berpangkalan di Tokyo. Spot platinum meningkat 0.8 peratus kepada AS$1,656.99 seauns sekaligus mencatatkan peningkatan harga sebanyak 19 peratus setakat ini. Spot palladium mengembang satu peratus kepada AS$657.25.
-REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan