Ahad, 22 April 2012

KUIL SIKH DIBINA DARI EMAS DI INDIA

Harmandir Sahib (atau hari Mandir) terletak di Amritsar bukan hanya terkenal kepada penganut Sikh tetapi juga menjadi destinasi pelancong kerana kecantikan ciptaan strukturnya. Sebelum ini ia dikenali sebagai Kuil Emas tetapi kemudiannya ditukar nama secara rasmi kepada Hargmandir Sahib pada Mac 2005.

Ia berada ditengah-tengah tasik yang luas yang sebelum ini merupakan hutan belukar. Kuil ini dibina oleh Guru Ram Das, guru keempat pengganut Sikh pada tahun 1574, pada tanah yang dihadiahkan oleh Akbar, Raja Empayar Mughal. Kuil ini akhirnya siap ketika zaman Guru Arjen pewarisnya. Kuil ini bagaimanapun pernah musnah pada kurun ke 18 apabila berlaku konflik diantara pengganut sikh dan empayar Mughal di Afghanistan. Bagaimanapun dibina kembali oleh Raja Ram Singh pada kurun ke 19.
Apa yang unik berkenaan kuil ini kerana menggabungkan struktur binaan Islam, Hindu dan Eropah kerana semasa pembinaannya kuasa empayar di India sentiasa bertukar tangan.






Tiada ulasan: