Isnin, 23 April 2012

MASIH BELUM BERUBAH...

Harga emas berakhir hampir tidak berubah dalam dagangan kecil Jumaat lalu, mencatatkan penurunan bagi dua, tiga minggu lalu ketika pelabur enggan memasuki pasaran menjelang penamatan tempoh pilihan utama Amerika Syarikat (AS) dan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan minggu ini.

Logam itu yang cenderung untuk mengikut jejak aset berisiko, jatuh di sebalik faktor meyakinkan iaitu dolar yang lemah, rali minyak dan peningkatan dalam ekuiti AS terhadap keputusan korporat yang lebih baik daripada dijangka.

Pedagang berkata, harga emas boleh mencapai kepada harga AS$1,650 menjelang COMEX minggu ini yang akan tamat. Kepentingan terbuka niaga hadapan emas AS, jatuh di bawah 400,000 lot bagi kali pertama minggu lalu, sementara jumlah pada Jumaat di landasan yang betul untuk menjadi salah satu yang paling lemah tahun ini. 

"Kami bukan saja hilang minat terbuka tetapi juga jumlahnya dan kebanyakannya mempunyai kaitan dengan langkah berterusan ke atas pasaran saham,"kata Naib Presiden Pasaran Modal RBC, George Gero. Emas mengalami kerugian sekitar AS$150 seauns sejak lewat Februari lalu selepas data ekonomi AS yang kukuh memberi harapan untuk kelonggaran monetari selanjutnya oleh Rizab Persekutuan.

Walaupun emas masih lima peratus lebih tinggi sehingga kini walaupun di sebalik kekangan baru-baru ini, ekuiti yang diukur oleh indeks S&P 500 telah meningkat 10 peratus setakat ini tahun ini. Harga emas susut 22 sen kepada AS$1,642.26 seauns pada 2:49 pm EDT (1849 GMT). Niaga hadapan emas AS untuk penghantaran Jun naik AS$1.40 untuk ditutup pada AS$1,642.80.

Jumlah dagangan adalah di bawah 90,000 lot pada 3 petang, lapor data awal daripada Reuters. Emas juga bergelut mencari hala tuju ketika pembeli menunggu hasil mesyuarat dua kali setahun Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF)/Bank Dunia pada hujung minggu lalu, yang mana perbincangan mengenai rancangan menangani krisis hutang zon euro
-REUTERS

Tiada ulasan: