Rabu, 23 Mei 2012

HARGA EMAS MULA MENINGKAT NAIK!!

Harga emas semalam meningkat untuk meneruskan kenaikan pada minggu lalu, dengan menjejaskan nilai mata wang euro yang stabil selepas pemimpin dunia berikrar untuk menangani masalah kewangan meskipun kebimbangan ke atas Greece serta krisis hutang zon euro terus membelenggu pasaran kewangan. Sebuah ikrar daripada pemimpin dunia untuk mengekalkan Greece dalam zon euro memberikan sedikit kelegaan kepada mata wang tungal itu, yang meningkat ke paras tertinggi dalam hampir seminggu berbanding dolar, manakala mata wang AS itu susut dibandingkan dengan beberapa mata wang lain, sekaligus memberikan sokongan kepada komoditi berharga dolar. Namun, pelabur masih lagi tertanya-tanya memandangkan sidang puncak pemimpin G8 tidak memberikan gambaran khusus untuk Greece yang berdepan pilihan raya baru bulan depan.

"Kami merasakan sebarang kenaikan awal akhirnya akan kembali susut, memandangkan pasaran memberi perhatian semula kepada masalah yang menekan pada masa ini serta masalah yang tidak boleh mudah diselesaikan oleh pakatan tersusun," kata penganalisis NTL FCStone, Ed Meir dalam satu nota penyelidikan.

Spot emas menokok 0.3 peratus kepada AS$1,596.56 seauns, selepas harganya meningkat 0.8 peratus minggu lalu. Emas tunai meningkat pantas dalam dua sessi terdahulu daripada paras terendah 2012 di bawah AS$1,530 dan menguji AS$1,600, yang terbukti menjadi paras halangan utama. Emas AS melonjak 0.3 peratus kepada AS$1,596.70. Harga emas juga menerima sokongan daripada komen oleh pemimpin sayap kiri Greece, Alexis Tsipras yang beliau akan berunding dengan pemimpin Eropah mengenai syarat baru untuk mengekalkan negara itu dalam zon euro jika beliau dilantik.

Penurunan dalam kedudukan jangka panjang bersih emas AS pada minggu berakhir 15 mei mambantu emas meningkat lewat minggu lalu, apabila peniaga berebut-rebut untuk melindungi kedudukan singkat mereka sebaik saja harga kembali pulih daripada kejatuhan awal minggu lalu. Peniaga meningkatkan kedudukan jangka pendek mereka dalam emas sebanyak 46 peratus kepada 34,057 kontrak sepanjang minggu itu, paras tertinggi sejak September 2008. 

"Mereka yang mempunyai pegangan singkat perlu membeli semula pada masa tertentu, di tempat tertentu," kata Ketua Perdagangan Komoditi Japan Standard Bank, Yuichi Ikemizu. Sentimen dalam dana tukaran sokongan emas (ETF) pula kembali sedikit hangat.

Pegangan dalam ETF emas utama meningkat daripada paras terendah dalam tiga setengah bulan Khamis lalu kepada 69.884 juta auns pada 18 Mei. Namun, pasaran emas fizikal Asia agak lengang dengan harganya meningkat, apabila peniaga beralih semula ke luar pasaran selepas membuat belian daripada penurunan minggu lalu.
-REUTERS

Tiada ulasan: