HARGA EMAS MELONJAK NAIK
Harga emas naik ke paras tertinggi dalam tempoh dua minggu semalam, didorong kelemahan data terkini menunjukkan pemulihan Amerika Syarikat (AS) mungkin kehilangan tenaga. Walaupun data yang mengecewakan itu mungkin meningkatkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan melaksanakan lebih banyak pelonggaran kuantitatif.
Lebih banyak pelonggaran monetari akan menaikkan tekanan inflasi dan menjejaskan permintaan pelaburan emas sebagai pelindung inflasi. Emas spot naik 0.2 peratus kepada AS$1,667.45 (RM5,047) pada dagangan awal, yang tertinggi sejak 13 April, sebelum memberikan keuntungan itu kepada dagangan mendatar pada AS$1,664.11 (RM5,037) seauns pada 0559 GMT.
Emas AS berubah sedikit pada AS$1,665.20 (RM5,040). Indeks dolar kembali hampir untuk mencecah paras dua bulan terendah dalam sesi sebelumnya, memberikan sedikit sokongan kepada komoditi berharga dolar. Dagangan adalah perlahan kerana beberapa pasaran termasuklah China, Hong Kong, India dan Singapura ditutup ekoran cuti Hari Pekerja.
Pelabur memantau rapi pilihan raya di Perancis dan Greece pada hujung minggu ini serta mesyuarat European Central Bank pada Khamis ini, selepas data menunjukkan Sepanyol terjerumus ke dalam kegawatan dalam suku pertama. Indeks rasmi Pengurusan Pembelian (PMI) China naik kepada paras tertinggi iaitu 53.3 dalam tempoh 13 bulan pada April berbanding 53.1 pada Mac, menandakan pengembangan lanjutan dalam sektor pengilangan yang besar.
Data itu juga menyokong logam berharga dengan aplikasi industri iaitu perak, platinum dan palladium. Palladium spot naik 0.8 peratus kepada AS$683.50 (AS$2,068) seaun, paras tertinggi sejak 22 Mac dan mendapat beberapa keuntungan kepada AS$680.97 (RM2,060). SPDR Gold Trust, dana emas terbesar berkata pegangannya susut 0.47 peratus daripada sesi terdahulu kepada 1,278.32 tan menjelang 30 April, yang terendah sejak pertengahan Februari.
Pegangan keseluruhan dalam emas EYS susut satu peratus daripada lonjakan tertinggi pada pertengahan Mac kepada 70.129 juta aun menjelang 27 April, yang terendah dalam tempoh tiga bulan, menunjukkan minat pelabur yang tidak berubah kepada bullion.
-REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan