Khamis, 24 Mei 2012

MERUDUM LAGI....


Harga emas jatuh semalam meneruskan gerakan menurun dalam sessi sebelumnya berikutan pelabur berhati-hati dengan mesyuarat tidak rasmi Kesatuan Eropah (EU) lewat petang semalam yang mungkin menyatakan langkah menyelesaikan masalah hutang zon itu.


Emas jatuh kepada serendah AS$1,555.03 seauns pada awal dagangan, paling rendah dalam seminggu menuruti kelemahan mata wang Euro kerana pelabur bimbang kemungkinan Greece keluar dari Eropah dan kesannya terhadap ekonomi global.  Pelabur akan memerhatikan hasil mesyuarat EU tetapi keyakinan semakin tipis sejak Jerman dan Perancis akan bertentangan antara satu sama lain mengenai cadangan menyeragamkan hutang negara-negara Eropah.


"Persoalannya, bolehkah mereka menyelesaikan krisis itu? Jawapannya, tidak. Masing-masing risau Greece keluar daripada zon Eropah dan juga ekonomi global dan mereka lebih rela menyimpang wang daripada membeli apa-apa."kata David Poon, Pengurus logam berharga Heraeus di Hong Kong. 


Emas hilang statusnya sebagai lindung nilai berbanding mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan dana German Bund, sebahagiannya kerana pengukuhan dolar menjadikan logam itu kurang menarik bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain. Indeks dolar mencecah paras tertinggi sejak September 2010, pada landasan untuk mencatatkan kenaikan berterusan mingguan sementara Euro mencuba paras terendah dalam empat bulan berbanding semasa kenaikan dolar minggu lalu.


Harga emas spot turun 0.8 peratus kepada AS$1,555.41 seauns pada 0629GMT selepas jatuh 1.5 peratus pada hari sebelumnya. Harga emas AS menjunam 1.4 peratus kepada AS$1,555.30, selepas jatuh 1.3 peratus pada sesi sebelumnya. Mata wang rupee mencecah paras rendah berbanding dolar, yang mana ia akan meningkat tekanan terhadap permintaan daripada India, kini semakin hari diawasi China sebagai pengguna emas utama dunia.


Pegangan dana dagangan paling besar disokong emas, SPDR Gold Trust, jatuh 1.4 peratus kepada 1,265.43 ton kelmarin, paras terendah dalam empat bulan dan selepas gagal melepasi paras di atas AS$1,600. Logam berharga lain juga lemah, harga spot perak jatuh 1.5 peratus kepada AS$27.72, menuju penurunan harian terbesar dalam seminggu dan selama tiga hari berturut-turut menurun.


"Dolar yang kukuh memberi tekanan kepada perak, walaupun harga murah logam itu menarik sedikit aktiviti pembelian daripada pengguna industri di Asia," kata peniaga yang berpangkalan di Shanghai. Harga spot platinum turun 1.2 peratus kepada AS$1,421.69, meneruskan penurunan 1.5 peratus pada sesi sebelumnya walaupun dalam keadaan bekalan menurun akibat gangguan lombong platinum terbesar dunia di Rusternberg.
-REUTERS


Tiada ulasan: