Ahad, 27 Mei 2012

KEHEBATAN EMAS BERBANDING WANG KERTAS

Zaman Dahulu
Zaman dahulu semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini. Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai semulajadi.Emas sememangnya disukai oleh semua orang di seluruh dunia. Cuba kita lihat jika dalam acara sukan Olimpik, apa yang dikejar-kejar oleh para atlit? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Adakah kita tahu berapa lama sukan Olimpik diadakan? Sukan Olimpik merupakan sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Asal sukan olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama-sama sukan ini. 

Tidak cukup dengan itu, lihat saja sultan-sultan Melayu hari ini, apakah yang sultan kita pakai? Emas pastinya tidak akan jatuh nilainya kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Allah SWT sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaanya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang dan terima wang kertas. Wang kertas jika kita kaji asal usulnya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas. Sejak zaman dahulu sememangnya kerajaan-kerajaan dunia menggunakan emas sebagai wang. Para penjajah pun menggunakan emas sebagai matawang. Siapakah yang pernah menjajah negara kita?
Portugis, Belanda, British (United Kingdom), Jepun dan Siam(Thailand). Tak kiralah negara mana pun yang menjajah kita dahulu kerana semua menggunakan matawang emas.
Kerajaan Belanda
Kerajaan British
Kerajaan Portugis
Kerajaan Siam
Kerajaan Johor
Kerajaan Kelantan
Kerajaan Jepun
Tapi mengapa mereka semua bertukar pada wang kertas? Jawapannya ialah kerana kerajaan mereka mengalami masalah kewangan. Mana tidaknya, wang kertas itu habis digunakan untuk tujuan berperang Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Apakah banyak wang terlibat dalam peperangan? Ohh..sudah tentu.Siapa tukang bina kapal? Siapa tukang kimpal? Siapa tukang jahit layar kapal? Siapa jurumudi di kapal? Siapa buruh kasar dan jururawat? Jadi, wang kerajaan sesebuah negara itu habis dek peperangan. Wang ketika itu adalah emas dan perak dan ia tidak boleh diulang cetak. Ia sangat unik.

Taktik Penjajah
Jadi, semasa para penjajah kehabisan wang emas dan perak, mereka mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja ataupun berkhidmat. Tetapi rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.
(Lihat perkataan promise to pay the bearer on demand)
Perkataan tersebut jika diterjemahkan, ia bermaksud "janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan." Katakan anda orang Melayu yang menjual pisang goreng ketika itu, anda dapat kertas ini. Anda kemudiannya tukarkan kepada wang dan wang pada masa itu adalah emas. Jadi, kertas ini bersandarkan kepada emas. Hari ini? Tidak lagi. Wang kertas tidak lagi disandarkan kepada emas. Buktinya? Kita akan lihat nilai wang kertas ini semakin menjunam. Ia akan mengalami inflasi dan spekulasi. Manusia boleh mainkan nilai wang kertas itu. Ia tidak sama halnya dengan emas kerana emas mempunyai nilai tetap di dalamnya terkandung berat, karat, saiz dan lain-lain.

Apakah kertas tadi boleh diterima oleh rakyat jelata? Apakah mereka tidak marah? Mereka marah dan tidak suka orang berhutang dengan mereka dan memberikan mereka selain daripada emas kepada mereka, Maka dari situ British pun mencantikkan kertas mereka seperti yang kita dapat saksikan di bawah ini:
Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka.Jika difikir, penjajah semakin untung kerana rakyat jelata disuruh bekerja dan berkhidmat dengan hanya diberikan kertas-kertas bernombor. Semasa British digulingkan oleh Jepun, kertas-kertas British masih ada disimpan oleh ramai rakyat jelata. Kerajaan Jepun tidak mahu bertanggungjawab dengan kertas-kertas British. Jadi, siapa yang rugi? Tentulah rakyat jelata. Mereka kehilangan emas mereka.
Setelah itu,Kerajaan Jepun pula digulingkan oleh British. Mereka datang dengan mencetak kertas yang baru. Lagi sekali rakyat jelata ditipu. Kertas-kertas terdahulu yang disimpan tidak dapat ditukarkan kepada emas Malah tidak laku kerana British mengatakan kerajaan  terdahulu dan terkemudiannya berbeza. Walau bagaimanapun kertas baru ini masih menjanjikan emas. 

Setelah British memasukkan Borneo ke dalam Malaya, kertas baru dicetak lagi. Apakah bezanya kertas baru ini? Kertas ini tidak lagi melibatkan emas. Emas tidak lagi diwajibkan sebagai pertukaran. Ia hanyalah kertas bernombor semata-mata. Gambar Permaisuri Elizabeth digunakan. Pada masa itu, gambar ini sudaj cukup seksi untuk meredakan kemarahan rakyat. Rakyat jelata sudah ditipu dari penjajah demi penjajah dan dari penipuan demi penipuan. Ini semua melambangkan tenaga rakyat jelata boleh dikerah, diguna tanpa melibatkan sebutir emas pun. 

Kertas ini ada gambar pemimpin negara kita
Cukup punya pandai penjajah ini. Kerajaan British amat bijak dalam melakukan persediaan bagi menghadapi akibat terburuk. Maka mereka sekali lagi mencetak kertas yang baru. Cerdiknya British, mereka sanggup mengantikan gambar Permaisuri dengan pemimpin negara kita demi menghalalkan kertas ini. 

PETIKAN
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi menguasai ekonomi dunia.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik Aziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.

Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata,"tegasnya.Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya. Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.

Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.

RM50 sekarang
Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam Antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Professor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N.Hosein, Umar Ibrahim Vadillo dan lain-lain.


Tiada ulasan: