DUDUK BANGUN EMAS
Artikel kali ini amat sesuai untuk mereka yang bergelar usahawan dan penyimpan emas yang sentiasa ada.."tentang bila harga emas nak naik" dan "bila harga emas nak turun".
USAHAWAN - Sebagai seorang usahawan, anda wajib mengalami proses "duduk dan bangun" dalam perniagaan yang diceburi termasuk perniagaan emas dan perak. Anda tidak semestinya akan berjaya dalam perniagaan esok hari tapi tidak mustahil anda akan berjaya hari berikutnya. Mungkin anda tidak berjaya menjual emas hari ini tapi tidak mustahil anda akan berjaya menjual emas hari berikutnya. Mungkin anda tidak untung hari ini tapi tidak mustahil anda akan untung hari berikutnya. Begitulah lumrahnya....
Apa yang penting sebagai seorang usahawan emas adalah KUASA TINDAKAN & TEMPOH TINDAKAN. Jika anda banyak ILMU EMAS sekalipun, tanpa kuasa tindakan anda tidak akan ke mana-mana. Sebagai seorang usahawan anda harus melalui proses TEMPOH TINDAKAN.
PENYIMPAN EMAS & PELABUR EMAS -
Sudah beberapa tahun soalan yang sama asyik diajukan iaitu "bila harga emas nak naik" dan "bila harga emas nak turun". Soalan ini agak sukar untuk dijawab dengan tepat tetapi boleh di analisis berdasarkan fakta dan isu semasa. Faktor utama yang mempengaruhi harga emas adalah :
1 - Pengaruh matawang USD dan krisis ekonomi.
2 - Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu :
- Untuk kegunaan industri
- Untuk kegunaan pelaburan
- Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
- Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
- Lain-lain kegunaan
3 - Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada :
- Lombong emas di seluruh dunia
- Penjualan rizab emas oleh bank pusat
- Emas terpakai yang digunakan semula
So, kesimpulannya menjadi lumrah harga emas dan perak dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui proses "duduk dan bangun"="turun dan duduk" sehingga emas menjadi pengukur matawang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan