KERANA GORES DAN MENANG, WANG SERTA BARANG KEMAS PUN LESAP..
Gara-gara terpedaya dengan janji manis gores dan menang, seorang wanita di Kuantan Pahang bukan sahaja kerugian sebanyak RM9,000 malah barang kemasnya turut tergadai gara-gara terpedaya dengan tipu muslihat peraduan gores dan menang.
Azharyanti Adnan,28 berkata dia terpedaya dengan kata-kata manis jurujual tersebut yang menjanjikan hadiah berupa kereta mewah jika bertuah menggores perasuan tersebut. Menurutnya, pada awalnya dia tidak berminat untuk menyertai peraduan tersebut, tetapi akhirnya terpengaruh melihat hadiah lumayan yang bakal dimenanginya.
"Saya memang terpikat dengan cara percakapan jurujual tersebut yang membuatkan saya percaya akan kata-katanya. Dia meminta saya menggores sekeping kad dan sejurus selepas itu dia menyatakan saya adalah pemenang bertuah. Ketika itu, dia turut menyenaraikan beberapa hadiah mewah yang boleh saya menangi seperti kereta mewah dan dari situ saya mula terpengaruh. Seterusnya, dia juga meminta saya membayar wang pendahuluan untuk membawa kereta mewah itu sebanyak RM9,000 tetapi saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayarnya," katanya yang terpedaya ketika membeli belah di sebuah pasaraya di Kuantan.
Azharyanti berkata, jurujual tersebut menyarankan agar dia membuat pinjaman segera dari sebuah bank dan meminta dia menggadaikan barang kemas yang ada untuk membayar pendahuluan bagi kereta tersebut.
"Ketika itu, saya sendiri seolah-olah mengikut apa sahaja arahan jurujual sekaligus memenuhi permintaannya. Namun sejurus selepas sampai di pejabatnya dekat Jalan Haji Ahmad, mereka menyatakan saya hanya berjaya memenangi sebuah Tilam Jade. Selepas saya pulang ke rumah dan mula melayari Internet bagi mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut dan alangkah terkejutnya saya kerana tilam yang dikatakan bernilai RM28 ribu tersebut sebenarnya hanya RM500 sahaja."
"Menyedari bahawa diri saya tertipu, saya ke pejabat itu semula dan berkeras untuk mendapatkan duit saya kembali tetapi syarikat tersebut masih berdolak dalih menyebabkan saya membuat laporan polis dan tribunal pengguna", katanya. Sehubungan dengan itu, Azharyanti berharap agar pengalaman pahit ini dijadikan pengajaran dan mahu syarikat yang menipunya itu mendapat hukuman yang setimpal mengikut undang-undang.
"Saya memang menyesal dengan insiden ini, saya tidak akan berputus asa untuk mendapatkan kembali duit saya dan barang kemas yang tergadai. Semoga orang lain tidak menerima nasib seperti saya," katanya.
P/S : Berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk membuat sesuatu. Jangan bairkan nasik menjadi bubur...=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan