Khamis, 21 Jun 2012

KEMAM GELANG EMAS ELAK DICURI

JOHOR BHARU : Taktik seorang kerani berpura-pura menjadi bisu berhasil memperdaya empat perompak daripada melarikan seutas gelang tangan yang disembunyikan di dalam mulutnya semalam. Teo Jing Yi,19 bertindak demikian semata-mata hendak menyelamatkan barang kemas bernilai RM800 yang dihadiahkan oleh ibunya, Oh Poh Sen, 40 sempena hari lahirnya bulan lalu.

Menceritakan kejadian pukul 2.30 pagi di Jalan Nakhoda 5, Taman Ungku Tun Aminah..Jing Yi memberitahu dia yang tidur dengan adiknya, Zhi Yong,13 terjaga sebaik sahaja terdengar bunyi bising di luar bilik di aras atas rumah teres dua tingkat tersebut.

"Saya terus membuka gelang dan mengemamnya dalam mulut selepas mengesyaki ada perompak. Penjenayah yang telah mengacukan parang dan pistol ke arah abang kemudiannya masuk ke dalam bilik saya sebelum tangan kami diikat dan dikumpulkan di dalam bilik nenek yang terletak bersebelahan. Saya hanya membisu dan mengikut segala arahan kerana bimbangkan gelang yang disembunyikan di dalam mulut terkeluar. Perompak kemudian melarikan diri bersama telefon bimbit, jam, dompet, rantai, cincin, kamera dan wang yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM200,000", ceritanya yang memberitahu gelangnya dapat diselamatkan.

Tambahnya, rumah yang turut didiami nenek, Tan Jim Lam,68 dan bapa, Teo Han Leong,46 sudah empat kali dirompak sejak mereka menetap disitu 20 tahun lalu. Ibunya tidak tinggal bersama kerana telah bercerai dengan Han Leong pada 2007.

"Perompak melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta dan kami terus menghubungi bapa yang ketika itu berada di luar sebelum membuat laporan polis," katanya yang memberitahu kesemua mereka tidak cedera.
SUMBER : KOSMO

Tiada ulasan: