BELI UNTUNG, JUAL UNTUNG, SIMPAN LAGI UNTUNG
Anda pernah dengar "Emas..Beli Untung, Jual Untung, Simpan Lagi Untung"?
BELI UNTUNG
Jika kita membeli emas, semestinya kita sudah membuat untung. Ini kerana emas yang dibeli daripada mana-mana kedai emas selalunya lebih murah jika kita pandai menawar harga emas itu. Jika anda ingin memaksimakan lagi untung membeli emas, anda juga boleh membeli jongkong emas 999.9 daripada orang lain yang ingin menjualnya. Selalunya spread harga belian balik akan jatuh sehingga 25%. Disitu sahaja anda dah untung dengan membeli emas serendah 25% dari harga emas semasa.
JUAL UNTUNG
Jika kita ingin menjual emas dan menjadi DEALER emas, kita juga boleh membuat untung. Ini kerana anda selalunya akan diberikan komisen antara RM10 (barang kemas 916), RM11 (Goldbar) atau RM15 (Barang kemas 999) untuk setiap gram yang dijual. Katakan anda menjual emas 200g barang kemas 999 maka dengan komisen RM15/g, anda akan mendapat RM3000. Anda juga boleh membeli emas sewaktu harga emas murah, katakan harga emas sekarang ialah RM160 segram, dan anda menjual semasa harga meningkat, katakan pada harga RM170 segram, maka untung anda ialah RM10/gram.
Contoh : 100g X RM10 = RM1000
(Jumlah komisen yang diberikan bergantung kepada kedai emas tersebut)
Keuntungan berniaga emas & perak FIZIKAL
1. Stok yang naik harga dalam jangka masa panjang. Tidak seperti perniagaan lain.
2. Produk EMAS tiada tarikh luput.
3. Sentiasa ada permintaan walaupun harga naik atau rendah.
4. Tidak perlu bercerita panjang lebar. Semua orang tahu pasal emas.
5. Dengan strategi perniagaan yang betul, perniagaan emas sangat lumayan.
6. Boleh menambahkan keuntungan jika boleh berniaga emas.
7. Produk terjual = Untung,produk xjual = Untung!!
8. Komisen diberi setiap gram terjual.
SIMPAN LAGI UNTUNG
Bagi investor yang menyimpan emas, selalunya simpanan kita akan memberikan keuntungan antara 20-40% setahun.
Bayangkan pada tahun 2012, anda mempunyai 1kg emas berharga RM170,000. Jika dianggarkan kenaikan emas 20% pada penghujung tahun ini, untung tahun pertama anda adalah RM34,000. Bayangkan jika anda menyimpan selama 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun??
Bagi anda yang ingin melabur dalam jangka masa yang panjang untuk pergi menunaikan ibadat Haji, Tabungan Anak-anak ke Universiti, pelaburan emas InsyaAllah berbaloi untuk anda. Bagi yang ingin menjadi tokey emas, InsyaAllah anda tidak perlu risau jika anda dah beli stok emas sekarang dan tiada orang nak beli walaupun dah 3 tahun. Sebab stok yang anda miliki tersebut sentiasa naik sepanjang masa dan jika tak ada duit dalam tangan, anda boleh cagarkan.
Bayangkan, jika anda membuat perniagaan lain seperti menjual penapis air atau perniagaan lain, agak-agak stok penapis air anda yang tidak laku tu, boleh cagarkan dekat Ar-Rahnu ker?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan