Selasa, 3 Julai 2012

Harga emas susut semalam selepas rali kukuh pada sessi sebelumnya. Penyusutan itu selari kejatuhan mata wang euro dan komoditi lain ekoran suntikan dana penyelamatan kepada pasaran kewangan oleh Kesatuan Eropah bagi menangani krisis hutang digariskan.


Emas melonjak tiga peratus Jumaat lalu, peningkatan terbesar sehari sehari sejak 1 Jun, selepas zon Eropah bersetuju dalam satu persidangan mengenai langkah mengurangkan kos pinjaman di Itali dan Sepanyol dan menyokong bank rantau itu, membawa kepada rali meluas pasaran kewangan.


Namun kini, ia tidak mencatat kenaikan tetapi berlegar sekitar harapan hasil persidangan itu, mencerminkan kenaikan pasaran saham dan kejatuhan hasil bon Sepanyol dan Itali, turut menyokong. Emas spot jatuh 0.3 peratus pada AS$1,592.50 seauns pada 1600 GMT, sementara kontrak hadapan emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Ogos jatuh sebanyak AS$11.00 seauns pada AS$1,593.20. Harga kekal hanya di bawah purata pergerakan harga 50 hari pada 1600 seauns, selepas gagal untuk mengekalkan momentum di atas AS$1,600.


"Kami percaya emas akan kekal aset berisiko dalam masa terdekat. Justeru, jika kami terus melihat banyak maklum balas polisi muktamad daripada pihak berkuasa, emas akan meningkat. Rentetan itu, taruhan pelaburan penting bagi harga untuk meningkat ia sudah pasti berhubung dengan perjalanan berita. Pagi ini kami menerima berita buruk seluruh sektor dan emas tidak terlepas daripadanya," kata penganalisis RBS, Nikos Kavolis.

Tekanan oleh dolar yang kukuh, logam itu bergerak hampir pada landasan berisiko lain tahun ini termasuk saham, perbendaharaan German Bunds dan mata wang AS. Antara komoditi, harga minyak mentah dan harga logam industri jatuh ekoran data pengilangan lemah daripada Eropah dan ekonomi Asia termasuk China, pengguna utama tenaga dunia.
-REUTERS

Tiada ulasan: