Selasa, 24 Julai 2012

KEJAM.....TENDANG PERUT MEMBOYOT KERANA LAMBAT SERAH EMAS

Baru-baru ini ada satu cerita mengenai seorang wanita yang sedang sarat mengandung ditendang. Peristiwa ini berlaku di Serdang kira-kira seminggu yang lepas. Kejam....dan tidak berperikemanusiaan dan patut dihukum bunuh je lelaki camtu..Seorang lelaki sanggup menendang dan menumbuk perut wanita yang sedang sarat mengandung hingga mengakibatkan mangsa cedera di belakang badan dan pinggang ketika merompak wang tunai dan barang kemas mangsa.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Salwa,29 yang kerugian RM7,000 berkata dia turut cedera di muka dan pergelangan tangan akibat ditumbuk suspek kerana lambat menanggalkan barang kemas. Dalam kejadian pada jam 6 petang itu, Salwa yang baru keluar dari pusat membeli belah berdekatan rumahnya selepas pulang dari kerja, diekori seorang lelaki yang tiba-tiba menyelinap masuk ke keretanya. Menurutnya, sebaik masuk ke kereta lelaki berkenaan mengacu pisau pemotong daging ke lehernya dan mengarahkannya memandu ke kawasan lain.

"Sepanjang perjalanan ke bank berdekatan, lelaki berkenaan menendang saya tiga kali di perut sebelum menumbuk perut dan muka saya. Tidak cukup dengan itu, dia mengugut menikam perut saya kerana saya lambat menanggalkan rantai tangan,"kata Salwa.

Katanya lagi, tidak cukup dengan diperlakukan dengan begitu kejam, lelaki itu merampas kad pengeluaran wang (ATM) serta memaksanya memberi nombor pin untuk mengeluarkan wang daripada bank. Selepas merampas wang dan barangan kemas bernilai lebih RM7,000, dia ditinggalkan kesakitan di kawasan bank.

"Akibat dibelasah lelaki itu, saya lebam di belakang badan dan muka selain cedera pergelangan tangan. Saya hanya risaukan kandungan kerana belum membuat ujian imbasan dan berharap anak dalam kandungan ini selamat,"katanya lagi.

Tiada ulasan: