Ahad, 8 Julai 2012

MENCARI EMAS DALAM SUNGAI SAMPAH


Walaupun berbau busuk, bahaya sampah runtuh dan hujan lebat tiba-tiba yang menaikkan paras air boleh membahayakan nyawa, tetapi berdozen-dozen orang sibuk mencari barang-barang kemas dan sisa logam dari satu timbunan sampah setinggi 300m di Guatemala.

Setiap hari, kira-kira 300 orang yang menggelar diri mereka "pelombong" turun ke bawah jurang dan mengharungi air sampah busuk untuk mencari cincin dan gelang yang diperbuat daripada perak atau emas yang mungkin terdapat di situ.

"Saya mendapat lebih banyak wang jika datang kesini berbanding pergi ke syarikat di mana mereka terus menerus memarahi saya,"kata Eddie Miranda yang berusia 41 tahun.

Dia bernasib baik baru-baru ini apabila mendapat gelang dengan 9 gram emas dan mendapat 2000 quetzals ($256) untuk itu. Ia mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi ia hampir sama seperti gaji bulanan $270 minimum di negara Amerika Tengah.

Walaupun nyawa jadi taruhan akibat sampah yang berasid, ramai pekerja dan penganggur memilih cara hidup seperti itu apabila mampu mendapat $20 dolar sehari iaitu kira-kira dua kali ganda gaji sehari jika bekerja.




Tiada ulasan: