REVOLUSI DINAR EMAS
- Mengapa Dinar Emas begitu istimewa? Ini kerana bahan pembuatnya iaitu emas merupakan konduktor terbaik di dunia. Emas tidak beroksidasi dengan oksigen sehingga tidak akan berkarat. Emas merupakan pemantul panas terbaik.
- Itu merupakan sebahagian keistimewaan emas dan masih banyak lagi kehebatan yang lain, bahkan keistimewaan emas membuatkan Ibnu Khaldun terkagum sehingga dalam kitab Muqaddimahnya yang termasyhur, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa Allah SWT telah menciptakan emas dan perak sebagai alat pengukur nilai (measure of value). Al-Magrizi dalam Ighatsah mengatakan bahawa Allah SWT tidak hanya menciptakan logam mulia tersebut sebagai alat pengukur nilai atau harga bagi segala sesuatu, namun juga sebagai alat tukar yang sejati (the real medium of exchange)
- Emas juga sangat bernilai kerana langka (rare), Iron and Steel Institute, sebuah lembaga ilmiah yang melakukan pengkajian terhadap banyak logam termasuk emas yang berpusat di Washington DC, menyatakan bahawa produksi baja di AS sejak tahun 1995 mencapai 10.500 tan perjam. Sementara perlombongan emas sedunia dari tahun ke tahun hanya mengalami kenaikan dua peratus. Dalam satu tahun perlombongan emas di seluruh dunia hanya sanggup menghasilkan sekitar 2000 tan emas.
- Bukan suatu kebetulan bila emas, perak dan tembaga terletak dalam satu medan yang sama dalam jadual berkala kimia iaitu Aurum, Argentum dan Cuprum. Pada zaman jauh sebelum jadual berkala kimia dijumpai emas, perak dan tembaga telah digunakan sebagai wang (alat tukar). Emas (Dinar) digunakan untuk nilai tukar yang besar, Perak (Dirham) digunakan untuk pertukaran dengan nilai yang lebih kecil dan Tembaga (Fulus) untuk transaksi yang paling kecil.
- Emas merupakan logam lembut dan sangat mudah ditempa. Tidak seperti logam lain yang mempunyai keterbatasan ketahanan dalam penempaan. Emas sanggup ditempa menjadi lembaran super tipis yang hampir transparen (melleable) sehingga 1 auns emas sanggup dijadikan sebuah lembaran sangat tipis dengan luas bersaiz 100 kaki persegi. Bila dijadikan tali super tipis, satu auns emas boleh direntangkan sepanjang 50 batu.
- Emas mempunyai kestabilan nilai yang mengejutkan. 1400 tahun lalu di zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing dewasa yang sihat adalah 1 Dinar dan pada tahun 2012 sekitar RM742. Tidak berbeza jauh bukan?Boleh dikatakan harga kenaikan seekor kambing selama 1400 tahun tidak mengalami kenaikan jika dibandingkan dengan emas.
- Bandingkan dengan nilai wang kertas, dalam masa beberapa tahun saja nilainya makin menyusut. Harga emas selalu dikhabarkan di media massa mengalami kenaikan terus menerus.
- Emas mempunyai nilai yang stabil manakala wang kertas nilainya turun relatif terhadap emas akibat inflasi. Emas adalah wang sepanjang zaman. Kenyataannya, pemerintahan-pemerintahan dunia mengendalikan nilai wang kertasnya dengan cara mempengaruhi bekalan emas di pasaran dan mengakui bahawa emaslah yang sebenarnya wang.
- Pada akhir tahun 2008, nilai emas sempat turun kerana The Fed merancang menjual stok emasnya seberat 40 tan. Ini merupakan bukti tambahan bahawa emas adalah wang yang sebenar.
- Emas adalah mata wang syurga. Sudah tiba masanya kita beralih ke emas sebagai alat ukur mahupun sebagai alat tukar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan